fbpx

Yonnyboii Layan Isteri Mengidam, Tak Mahu Air Liur Anak Meleleh

Isterinya Nik Nazira kini hamil lapan bulan, penyanyi Yonnyboii berkata dia berusaha melayan dan mendapatkan makanan yang diidamkan kerana tidak mahu air liur anaknya meleleh.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, Yonny berkata isterinya sudah mengidam pelbagai jenis makanan dimana ada yang sudah didapat dan ada yang masih dicari lagi.

BACA: Isteri Tak Larat Ke Dapur, Yonnyboii Urus Sahur Sendiri

“Dalam tempoh lebih sebulan ini saya akan terus berusaha mencari dan mendapatkan makanan yang diidamkan isteri. Sebabnya, emak saya selalu mengingatkan agar mencari makanan diidamkan itu sampai dapat.

“Maklumlah, kata orang tua-tua kalau isteri hamil tak dapat makanan yang diidamkan itu, nanti air liur anak akan meleleh. Jadi, kalau boleh saya tak mahulah air liur anak kami  meleleh-leleh pula nanti.

“Saya akan usaha cari dan cuba dapatkan apa saja isteri idamkan selagi belum sampai masa dia bersalin. Insya-Allah, saya yakin dapat menunaikan semua benda yang didamkan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Yonny berkata dia dan isteri sudah tahu jantina anak mereka namun merahsiakan dahulu sebaga kejutan.

Sementara itu, Yonny berkata dia tidak sabar untuk bergelar bapa dan sedang dalam proses menyiapkan lagu untuk anak sulungnya itu.

“Insya-Allah, saya dan isteri akan menimang cahaya mata kami pada pertengahan Julai depan. Sekarang, usia kandungan pun sudah mencecah lapan bulan.

“Tak sabar sebenarnya nak jadi ayah, walaupun pada masa sama perasaan sangat berdebar. Tapi, lagu istimewa untuk anak saya memang dalam proses untuk disiapkan,” katanya.