fbpx

Terlibat dalam pertunjukan fesyen di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2021 (KLFW2021) pada Ahad lalu, penyanyi rap Yonnyboii mengalami serangan panik gara-gara terlalu gementrar.

Yonny berkata dia tiba-tiba diserang sesak nafas sehingga terpaksa dibawa ke luar pentas oleh tunangnya, Nik Nazirah untuk ditenangkan.

BACA: Yonnyboii Bukan Perampas, Minta Imran Aqil Move On

“Semalam ketika pertunjukkan fesyen saya berasa sangat gementar ditambah dengan penonton yang ramai. Tapi sekarang alhamdulillah, saya sudah okay,” katanya.

Sempat memohon maaf kepada pihak media, Yonny berkata dia akan serangan panik setiap kali sebelum membuat persembahan pentas dan akan ditenangkan oleh pengurusnya, Nad.

“Saya sebenarnya tidak tahu cara untuk mengatasi masalah ini (serangan panik) kalau dia (tunang) tidak ada. Selepas saya bertenang, dia bawa saya makan sekejap sebelum menghantar saya pulang.

“Sebenarnya situasi panik itu berlaku kerana saya takut apa yang saya buat semalam salah, saya takut orang menilai saya dan risau terbuat silap besar.

“Saya jadi sesak nafas kerana sangat gementar. lagi pula ini kali pertama saya berjalan di pentas peragaan. Saya Jadi tidak yakin dengan diri sendiri sebab nampak orang lain lagi profesional. Memang banyak perkara bermain dalam fikiran saya semalam,” katanya.