Terpaksa menutup gerai goreng pisang miliknya di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, pelakon Yoe Parey berkata dia membuat keputusan demikian kerana kecewa gerainya sering dipecah masuk.
Memetik Harian Metro, Yoe berkata dia kini membantu bapanya membuat budu serta menghantar budu berkeaan ke kedai untuk dijual.
BACA: Syahmi Sazli Tak Nak Buat Kontroversi, Takut ‘Busuk’ Nama Negeri Kelantan
“Tiga kali kedai saya kena pecah masuk. Saya buat laporan di Balai Polis Pasir Puteh dan mereka datang buat siasatan. “Sekarang kedai ini diserahkan kepada orang lain yang jual ayam. Saya pula tolong ayah buat budu yang dah lama diusahakan. Saya pergi hantar budu ke kedai runcit.
“Satu dozen harganya cuma RM20. Kalau jual sebotol biasanya RM2 sahaja. Bagi saya berlakon dan berniaga ada keseronokan yang tersendiri,” katanya.
Difahamkan, gerai Goreng Pisang Yoe Parey menjadi tumpuan ramai termasuk mereka dari luar yang bertandang ke Kelantan.
Dalam pada itu, Yoe atau nama sebenarnya Mohammad Ashrul Hakim Lukman berkata dia kini lebih berhati-hati kerana bimbang jika ada individu yang berniat jahat terhadapnya.