Antara YouTuber popular, Syahmi Sazli yang juga pengarah Mael Totey The Movie tidak menggunakan konten sensitif atau mencetuskan kontroversi untuk mengekalkan popularitinya.

Ditanya bagaimana dia mengekalkan populariti tanpa sebarang konten yang boleh mengundang kecaman, Syahmi mengakui bimbang jika menghasilkan konten sensitif nama negeri Kelantan akan terkena tempias.

BACA: Syahmi Sazli Tak Suka Budaya Flex, Harap Influencer Lain Lebih Sensitif

“Dulu masa awal-awal buat YouTube, pernahla juga kita sengaja cetuskan benda-benda yang sensitif untuk naikkan diri kita. Tapi bila tengok respon daripada penonton tak comel la.

“Video saya slang Kelantan, saya risau benda yang saya bawa tak elok tu orang akan kaitkan dengan nama negeri. Lepas tu saya banyak belajar daripada komen netizen dan saya baiki,” katanya.

Dalam pada itu, Syahmi juga tidak setuju dengan trend segelintir YouTuber yang menayang harta kekayaan sebagai konten mereka.

Syahmi turut menasihatkan kepada YouTuber lain supaya konten seperti itu seharusnya dikurangkan bagi menjaga hati penonton mereka yang tidak berkemampuan.

“Benda tu memang kita tak boleh nafikan, kalau konten yang tunjuk kaya ke tunjuk apa saja akan mudah nak raih views raih likes,

“Tapi jarang-jarang bolehlah sekali dua ke… tapi kalau setiap konten tu memang wajib, wajib tunjuk kekayaan tu rasanya slow down la. Sebab kita kena jaga hati yang tak mampu, followers-followers kita ni bukan semuanya yang mampu,” katanya.