fbpx

“Yem Tanya Emaknya, Saya Tenangkan Dia…” – Bekas Suami Nad Zainal

Bekas suami Nad Zainal iaitu Faliq Amiruddin memaklumkan keadaan aktres itu sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan bertambah baik.

Memetik BH Online, Faliq memohon orang ramai mendoakan agar bekas isterinya itu segera sembuh. Faliq turut berkongsikan, Nad diperiksa oleh tujuh orang doktor.

BACA: “Anak-Anak Okay, Cuma Yem Nampak Mak Dia Masuk Ambulans” – Bekas Suami Nad Zainal 

“Keadaan Nad bertambah baik dari semalam. Doktor juga maklumkan ada penambahbaikan (dalam proses rawatan). Apa-apa pun, kita tidak boleh selesa sangat… Kita masih perlu berdoa untuk Nad.

“Saya dimaklumkan Nad diperiksa tujuh doktor. Hari ini, akan ada doktor baharu yang memeriksa Nad. Alhamdulillah, pendarahan dalam paru-paru dan perut sudah dapat dikurangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Faliq berkata kedua-dua anak mereka iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom berada dalam keadaan baik, namun anak sulungnya ada bertanyakan mengenai ibunya.

“Mereka bersama saya malam tadi. Pagi tadi, saya tinggalkan mereka sekejap untuk ke sini. Yem (anak sulung) ada bertanya mengenai emaknya. Saya tenangkan dia… Alhamdulillah, semuanya terkawal,” katanya.

Sementara itu, Faliq turut mengucapkan terima kasih buat rakan-rakan Nad yang menganjurkan bacaan Yasin dan mendoakan agar aktres itu segera sembuh.

“Terima kasih… Saya dengar ada kawan-kawan Nad yang baca Yasin. Saya ucapkan banyak-banyak terima kasih. Saya mohon sahabat dan peminat doa yang baik-baik untuk Nad. Sama-sama kita bagi dia semangat agar terus kuat,” katanya.