fbpx

Yeeeah! Justin Bieber Adakan Konsert Pertama Di Malaysia 21 April Ini

Kami excited untuk anda semua sebenarnya. Kami bukan’lah peminat tegar selebriti berwajah jambu bernama Justin Bieber ini.

Namun jika anda kelaskan diri anda sebagai kipas susah mati Justin Bieber, berita ini adalah berita terbaik pernah anda terima sepanjang hidup anda.

Artis kesayangan anda ini bakal menjejakkan kaki ke Tanah Melayu 21 April ini untuk mengadakan konsert pertama beliau di’sini.

Terima kasih kepada Tune Talk yang berusaha sedaya upaya untuk membawakan selebriti sensasi yang kini di’gossipkan dengan Selena Gomez.

Menurut pengumuman tidak rasmi Jason Lo menerusi Twitter, pengguna Tune Talk bakal menjadi yang pertama untuk mengetahui informasi tentang tiket konsert Justin Bieber ini.

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan pek Tune Talk sekarang dan mana tahu, bakal ada peluang untuk memenangi tiket percuma atau lebih baik, pas untuk berjumpa Justin Bieber belakang pentas.

Sementara menunggu Justin Bieber datang ke Malaysia April nanti, apa kata kita layankan antara lagu paling popular penyanyi ini, ‘Baby’, selepas ini.