Yeah, Adibah Noor Bakal Undi Lee Chong Wei Jika Tanding PilihanrayaKita semua masih bercakap tentang Lee Chong Wei bukan? Izinkan kami selitkan sebuah kisah ringan berkaitan atlet yang kami anggap lagenda sukan Malaysia ini.

Adibah Noor yang kami lihat aktif menjadi komentator sukan Olimpik 2012 menunjukkan rasa kagum dan hormat beliau terhadap Lee Chong Wei melalui Twitter beliau.

Pelantun lagu Terlalu Istimewa ini berkata yang beliau akan mengundi Datuk Lee Chong Wei jika ahli sukan ini mengambil tempat sebagai calon pilihanraya kelak.

Memang kebarangkalian yang nipis untuk melihat atlet hebat ini menyertai politik, namun kenyataan Adibah Noor ini merujuk kemampuan Lee Chong Wei menyatukan Malaysia.

“Seorang lelaki yang tidak banyak bercakap, tetapi dia berjaya menyatukan rakyat Malaysia tanpa berkata sepatah pun. Ya, saya akan mengundi dia,” tambah Adibah Noor.