Umum mengetahui, jemaah Umrah yang baru sahaja pilang daripada Tanah Suci Mekah perlu memakai alat pengesan digital ketika menjalani kuarantin.
Baru sahaja pulang dari menunaikan Umrah, pelawak dan pelakon Azad Jasmin mempersoalkan kualiti alat peranti apabila sudah pun tercabut sedangkan baru sahaja memakainya dalam tempoh kurang 24 jam.
BACA: Azad Jasmin Bengang Pagar Rumah Roboh Dilanggar Pemandu Mabuk
Berkongsikan video di Insta Story, Azad memberitahu walaupun baru sahaja sehari memakai alat tersebut sudah terbuka secara tiba-tiba daripada tangannya.
“Assalamuaikum YB Khairy Jamaluddin, ‘idea’ bagus tapi yang tak bagus, kenapa tercabut ni? beli dekat Shopee ke? Tak apa YB pergi ambil semua team pergi meeting dulu cari yang kualiti,” katanya.
Dalam pada itu, Azad mengatakan mereka bernasib baik kerana dia seorang selebriti dan jika keluar sesuka hati ramai mengenalinya, tetapi bagaimana jika orang biasa berbuat demikian.
“Apa benda ni YB? Nasib baik saya selebriti sebab kalau saya keluar, orang kenal. Yang orang tak kenal, cabut sahaja boleh keluar berjumpa orang lain dan pergi kemana-mana,” katanya.