fbpx

Azad Jasmin Bengang Pagar Rumah Roboh Dilanggar Pemandu Mabuk

Baru sahaja dua bulan pindah ke rumah baru, pelakon Azad Jasmin berang apabila sebahagian pagar rumahnya roboh dipercayai dilanggar pemandu mabuk.

Menerusi Instagram, isterinya pelakon Eira Syazira ada memuat naik video memaparkan suaminya ‘mengamuk’ dengan meluru masuk ke rumah untuk mengambil kuali sebelum keluar semula untuk ‘bertemu’ dengan si pelaku.

BACA: 13 Tahun Tinggal Di Rumah Flat, Azad Jasmin Hadiahkan Isteri Rumah Baru

“Mabuk punya pasal, periuk pulak jadi mangsa. Persoalannya, musim2 Covid-19 ni pun sempat lagi layan mabuk ke bro?,” tulis Eira.

Meskipun berdepan musibah, namun video tersebut bertukar lucu apabila Azad menghayunkan kuali berkenaan untuk bermain badminton dengan anaknya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen pada awalnya bimbang melihat Azad seolah mengamuk tetapi rupanya lain terjadi.

Diruangan komen, Eira berkata kejadian berlaku itu langgar lari namun kamera litar tertutup dapat menangkap gambar kereta yang terlibat.

Pada Mei lalu, Azad membuat kejutan dengan membelikan kediaman impian isterinya selepas 13 tahun tinggal di rumah flat.