Yazmin Aziz Terima Kejutan, Kekasih Pakai Boxer Gambar Wajahnya

Penyanyi Yazmin Aziz dan teman lelakinya, Simon menjadi perhatian netizen apabila berkongsi gelagat lucu mereka sempena ulang tahun bulanan (monthsary).

Menerusi perkongsian di TikTok, Simon membuat kejutan buat Yazmin dengan membawa sejambak bunga ros pada awalnya.

BACA: Yazmin Aziz, Teman Lelaki Selamba Bercium Di Khalayak Ramai

@simonjosephjavier

BIG SURPRISE ???? WATCH TILL THE END! She’s so happy with my surprise gift! I love you baby @Yazmin Aziz and I hope you like it! @printstrix ?

? original sound – Simon Says Vlog ? – Simon Says Vlog ?

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila Simon melondehkan seluar panjang yang dipakai menampakkan boxer yang dicetak dengan wajah Yazmin.

Melihatkan gelagat Simon, membuatkan Yazmin ketawa melihat wajahnya pada seluar boxer kekasihnya itu.

“Muka saya ada di tengah situ,” katanya.

Bukan itu sahaja, Simon kemudian mengeluarkan hadiah dengan wajah Yazmin dan gambar mereka berdua antaranya seluar pendek, tuala merah jambu dan biru, selimut besar serta bantal.

“Saya tak pernah dapat benda macam ini sepanjang hidup saya. Saya tak pernah tengok muka saya pada begitu banyak benda,” katanya.

×