Walaupun sebelum ini pasangan Yatt Hamzah dan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Syukor seakan menemui jalan damai dalam rumah tangga mereka namun takdir Tuhan itu lebih kuat untuk dilawan. Pasangan ini sudah sepakat untuk berpisah secara baik.

Yatt Hamzah dan suami bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur secara tertutup sekitar jam 4.23 petang semalam, lapor Berita Harian.

BACA: Yatt Hamzah Dan Suami Bakal Berbulan Madu Ke Mekah

“Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan untuk mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masayarakat. Apa pun mohon semua mendoakan yang terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa,” ujar suami Yatt Hamzah. (rtky/m)