fbpx

Yatt Hamzah Nekad Tunai Umrah Seorang Diri

Dijemput menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah, pelakon Yatt Hamzah gembira apabila dapat mengerjakan ibadah tersebubt walaupun hanya seorang diri tanpa suami tercinta.

Berkongsikan perkara itu di Instagram, Yatt meluahkan rasa syukur apabila dijemput ke sana lagi meskipun berat untuk meninggalkan anak-anak.

BACA: Tiga Hari Dalam Wad, Yatt Hamzah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

“Ya Allah Kau Maha Baik. Terima kasih masih terima aku yang hina penuh dosa ini menjadi tetamu Kau lagi. Mohon doa kalian semua pengikut saya dalam media sosial. Bonda umrah seorang diri kali ini tanpa suami dan anak-anak. Beratnya nak tinggalkan anak Allah SWT sahaja yang tahu,” tulisnya.

Bagaimanapun, menerusi entri tersebut Yatt tidak memaklumkan sebab suaminya tidak mengikut serta. Dalam pada itu, Yatt berkata dia tekad untuk mengerjakan umrah seorang diri kerana demi Rasulullah dia sanggup berkorban.

Menerusi perkongsian itu, Yatt turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu serta memudahkan urusannya mengerjakan ibadah umrah.