fbpx

Alif Hadi Mahu Ambil Hati Anak-Anak Yasmin Hani Dulu Sebelum Bercinta

Pelakon Alif Hadi mengakui kini sedang berkawan rapat dengan aktres dan pengacara Yasmin Hani dan dalam fasa mengenal hati budi.

Tidak mahu terburu-buru ke fasa bercinta, Alif berkata dia terlebih dahulu mahu mengambil hati anak-anak Yasmin.

BACA: 10 Tahun Berkahwin, Yasmin Hani Berpisah Dengan Suami

“Apa yang boleh saya katakan kami berkawan rapat dan berilah peluang untuk kami saling kenal dulu. Mungkin antara kami tak ada masalah untuk serius bersama, cuma perlu fikirkan anak-anak dulu. Jadi sekarang ini saya perlu lebih serasi dengan dua anak Yasmin dulu,” katanya.

Pernah berlakon bersama dan mula rapt sejak beberapa bulan lalu, Alif berkata dia tidak menolak jodoh dengan Yasmin.

“Kami pernah berlakon sama dan sebelum ini sekadar bertegur seperti biasa saja. Baru sahaja rapat sejak beberapa bulan lalu.

“Yntuk melangkah ke fasa seterusnya saya tidak ada masalah jika Allah sudah tentukan ini adalah jodoh saya. Kita tak tahu apa akan jadi di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin Mohamed Razali pada 2011 namun bercerai pada tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.