fbpx

Yasmin Hani Sahkan Hamil Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara, Yasmin Hani yang kini sedang hamil anak kedua dengan usia kandungan sudah pun memasuki lima bulan. Menurut beliau, dengan usia anak lelaki pertamanya, Noah Ismail Wong yang kini berusia tiga tahun, mereka memang merancang untuk mendapatkan anak kedua dan nampaknya kini hasratnya tercapai.

BACA: Yasmin Hani Kesal Kenyataan Isu Rotan Dimanipulasi

“Alhamdulillah, impian kami untuk menambah zuriat pada tahun ini akhirnya tercapai juga. Kami memang merancang anak kedua ini kerana Noah pun sudah semakin membesar dan senang untuk dijaga. Doakan kami semoga segalanya berjalan dengan lancar”

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk seperti wanita lain. Bagi saya, apabila usia kandungan sudah mencecah empat bulan ke atas barulah saya bersedia untuk berkongsi. Lagipun saya tidak mahu sorok berita baik ini terlalu lama,” katanya kepada Harian Metro mengenai berita kehamilan beliau yang sudah memasuki lima bulan.

Tambahnya lagi, berita kehamilannya itu bukan sengaja disorokkan kepada orang ramai tapi beliau dan suami memilih untuk mendiamkan diri terlebih dahulu bagi memastikan kandungan itu betul-betul selamat sebelum berkongsi kepada umum. Bagaimanapun apabila ditanyakan mengenai jantina bayi tersebut, Yasmin enggan mendedahkannya terlebih dahulu. (rkty/w)