Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman berjaya menyiapkan 13 buah lagu ketika berada dalam tahanan penjara sejak Mac tahun lalu.
Memetik mStar Online, Yasin berkata dia juga sudah terfikir beberapa calon penyanyi untuk merakamkan lagu-lagu yang digubahnya itu.
BACA: Mahkamah Perintah Yasin Dirujuk Ke Hospital Bahagia
“Saya dah siapkan 13 buah lagu dalam penjara, keluar nanti Insya Allah akan rakamkan dan akan kongsikan kepada semua.
“Saya ada juga terfikir untuk berkolaborasi dengan beberapa orang penyanyi untuk merakamkan lagu yang saya gubah,” katanya.
Sementara itu, Yasin meluahkan rasa kecewa proses pembelaan tiga pertuduhan terhadapnya tidak dapat diselesaikan.
“Hari ini (Selesa) sepatutnya hari pembelaan terakhir tetapi ada sedikit terbantut kerana pihak pendakwaan ada kecemasan pula,” katanya.
Untuk info, Yasin didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja pada 24 Mac tahun lalu.