Penyanyi Nasyid Ditahan Tanam 17 Pokok Ganja Di Rumah
Kegiatan penyanyi nasyid yang juga komposer terkenal menanam dan memproses pokok ganja terbongkar selepas kediamannya di kondominium di Kota Damansara, diserbu polis semalam.
Memetik laporan Harian Metro, suspek berusia 47 tahun ditahan kira-kira jam 5.30 petang bersama 17 pasu pokok ganja yang ditanam sejak dua bulan lalu.
BACA: Penyanyi Nasyid Ditahan Terlibat Kes Dadah
“Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja di bahagian bawah sebelah kanan almari di dalam salah sebuah bilik.
“Kami turut menemui satu lagi pokok dalam pasu disyaki ganja di balkoni rumah dan tiga lagi pokok ganja di dalam almari baju,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.
Katanya lagi, dalam serbuan tersebut pihak polis turut menemui satu bekas plastik di atas kabinet dapur mengandungi dua plastik lut sinar ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 214 gram.
Keseluruhan dadah yang dirampas termasuk 17 pokok ganja terbabit dianggarkan bernilai RM40,700 yang boleh dibekalkan kepada 214 penagih. Siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan ganja kering di sekitar daerah ini.
“Berdasarkan pengakuan suspek, pokok ganja itu ditanam untuk kegunaan sendiri. Kami masih menyiasat dari mana suspek memperoleh bekalan benih berkenaan,” katanya.
Hasil ujian saringan awal suspek mendapati dia positif ganja dan mempunyai sejarah penagihan dadah sejak 10 tahun lalu.
Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 31 Mac nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
- SUMBER
- Harian Metro
Tanam 17 pokok ganja utk kegunaan sendiri? Biar betul kuat tul ko isap ganja sampai nk kena tanam bnyk tu utk kegunaan sehari2??! Kalau dah bnyk tu mmg nk mengedar ler!
Sapa ha?????
Halalkan je la penggunaan ganja ni
Arak boleh pulak dijual, benda tu memabukkan, kenape ganja x boleh?
dah tahu daaahhhhhh……sian dia.
kesian bini dan anak la kena reman gini.
org isap ganja kentot busok wei…eeeei
Kenapa isap ganja kentot busok? Cer kabor kt aiiii
Mula2 isap ganja…x cukup high syabu plak..pas tu mmmmmm isap kotey!
Tahu jugak. Sian nya anak bini. Tu la harga rokok mahal lama2 org tarik ganja la huhu
Kentot sapa wangi wey? Semalam aku mkn kebab ya rabbi kentot bau sgt kucing aku katup idong sia dia.
OT jap..Aku pernah gais kapel sama mamat ganja ni dulu mmg kentut busuk sgt. Mcm xke jamban 3 hari. Hapak woi jantan main benda ni lps tu pemalas pengotor asyik lalok tidoe jer. Fed up tau hidup dgn mat gian mulut lazer kalah kak joyah moody bila xsedot mende alah ni ….choyyy sungguh la wasting time 3 thn..
Suka lagu2 dia tau sgt menyentuh terutama lagu hit My Baby You tu dan She Bangs.
sape weh artis nye?
Omg tak sangka muka nerd sgt.
Pernah menang dulu kan.. Sayang tol berbakat dia ni rasanya dulu study kat Uni. 47 sama umur laki aku.
Anak pompuan dia cantik. Tabah lah dah taik gini susah nk ubah.
Dulu kan dia ada masaalah bipolar. Kesian jugak la apa tekanan pun x pasti harap berubah la kan?
Lagu2 dia kreatif kan best2 jugak pandai cipta masih buat lagu eh,
Sapa sapa woi anat la korang!!!!!
Dah dapat!!!!
Mmg dia ada masaalah dulu kaannnnn? :((
Cute muda2 dulu.
tahu dah eh la kesah bercucok tanam haha
Cipta lagu2 lagi ke dia ni?
FINALLY..DAPAT JUGAK! :)
jgn ya laliler, jgn terpedaya, apa yg kau lihat semuanya dusta
Nama dia sama dengan ada satu surah kan??
Jangan ya laila
Jangan terpedaya
Apa yang kau lihat
Semuanya dusta
Mlm jumaat kita rajin baca apa? Ha tu klue terang lg jelas…
Mlm Jumaat baca doa ni je laa, Bismillahi Allahumma jannibnasy syaitana wa jannibisy syaitana ma razaktana. Lps tu berjimak laa kahkahkah ..
.
“Hasil ujian saringan awal suspek mendapati dia positif ganja dan mempunyai sejarah penagihan dadah sejak 10 tahun lalu.”
hmm
Org dulu² klau masak n. Beriani diaorg letak ganja ok jer..
S39b. Habisla
Lawak terbahak bahak aku baca comment2 kat atas….haahhaha…kelakar la korang
Pompuan ke.. laila bagai?
Alaaa ckp saja nama dia : Abang Ciprauk Bin Somali