Yantzen Alami Penyakit Misteri, Enam Bulan Tak Tidur
Pelakon Yantzen tidak melatah dengan komen negatif netizen susulan video tular mendakwa dia dalam keadaan tidak normal baru-baru ini.
Memetik mStar Online, Yantzen berkata dia hanya mahu fokus menjalani kehidupan seperti biasa kerana baginya bukan mereka yang memberinya makan.
“Saya tak nak komen apa-apa. Saya kalau cakap pun tak guna, kalau saya beritahu pun ceritanya akan jadi dua hala.
“Terpulang pada mereka untuk menilai saya takkan melatah. Saya cuma fokus dengan kehidupan saya sekarang dan bukan mereka yang beri saya makan. Kata-kata negatif itu biasa, begitulah mereka mudah menilai orang,” katanya.
Dalam pada itu, Yantzen mendedahkan dia masalah sukar tidur malam dan pernah tidak tidur selama enam bulan kerana penyakut misteri yang tidak diketahui puncanya.
“Saya cuba memperbaiki diri sendiri, terus terang cakap saya enam bulan tak tidur. Itulah yang saya alami.
“Masalah kesihatan saya itu antara saya dengan Tuhan. Kalau benda-benda mistik saya tak tahu tapi saya ada lakukan perubatan Islam. Cara saya mengubati itu antara saya dengan Allah. Dari tahun lepas saya mengalami gangguan tidur ini,” ujarnya lagi.
Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan Yantzen bercakap tidak tentu arah dan seperti tidak normal.
- SUMBER
- mStar Online
- Harian Meto
Kesian, kt tiktok, kt telegram bnyk jer group support utk bekas2 penagih dan penagih yg nk kembali ke pangkal jln. Dunia dah nk kiamat bruh. Tngk kt Mekah tu, tngk bnyk tanda2 besar yg dah muncul. Insaf la bruh awak bkn makin muda. Geng2 baya awak majority dah kembali ke pangkal jln!
Just Saying,,, Ini awak punya ‘dakwah’ lah ye? Level kepala bapak. Cara tulisan dan kandungan, menunjukkan awak ni hanya SYIOK SENDIRI. Rasa diri tu hebat sangat ke?
Org atas aku ni tiba2 nk koyak kenapa yer? At least dia x sebut kepala bpk kau laa utk ajak sesapa yg x sedor diri lg. Ko pun hisap dadah ke? Atau ko pengikut setan sbb tu ko marah org ajak kembali ke pangkal jln? Species mcm ko ni ko ingt ko maki org luak ke? Yg makin rosak diri dan hidup korg. Sbb hati korg tu dah bersarang dgn kebencian dan xde cahaya petunjuk. Korg fikir korg seronok hidup mcm tu tp brp lama ko fikir korg akan hidup seronok2 cmtu?! Satu hari nnt ko akan rasa jugak akibat dari perbuatan perangai korg tu sendiri!
Janidor ke janitor..
Cara tulis lebih kepada janitor..kepada orang yg dalam artikel.
Lahai..semua spesis Yantzen ni buat cerita kena penyakit misteri. Baik Saleem baik Mamat Exist. Begitu jugak Ben Nathan. Dan ramai lagi. Jangan ingat netz bodoh.
Janidor ni Yantzen ke.?