Umum mengetahui esok bermula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dimana lebih banyak kelonggaran diumumkan termasuklah rakyat dibenarkan untuk merentas negeri untuk pulang ke kampung serta melancong di dalam negeri.
Ramai yang tidak sabar untuk bercuti di kawasan pantai selepas hampir 3 bulan tidak dibenarkan berbuat demikian. Perkara itu turut mendapat perhatian Tiz Zaqyah yang menyeru orang ramai supaya menjaga kebersihan pantai.
BACA: Tiz Zaqyah Didakwa Bergaduh, Pukul Orang Di Kelab Malam?
Menerusi Twitter, Tiz berkata sudah menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan sampah dikutip dan bukannya buang merata. Tiz turut memberi peringatan pedas supaya jangan menunjukkan kebodohan diri dengan buang sampah merata-rata.
“Ajar anak beranak hormat kebersihan tak kisahlah di mana-mana. Jangan jadi bangsa tak peduli. Jangan tunjuk diri ini bodoh ya. Ini ‘general’,” tulisnya.
Dalam pada itu, Tiz turut memberikan satu contoh yang berlaku di Tasik Dayang Bunting, Langkawi sebelum ini apabila tasik yang menjadi tumpuan pelancong itu kotor. Ujarnya lagi, pasti tempat itu sekarang bersih kerana sudah berapa bulan tiada pelancong yang datang.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan teguran pelakon itu. Malah, ramai yang berpendapat ibu bapa sepatutnya mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi untuk menjaga kebersihan pantai.
Bagaimanapun, ada yang mengatakan meskipun teguran diberi tetapi masih ramai bersikap tidak peduli. Kata netizen lagi, adakalanya orang dewasa yang berakal pun tetap buang sampah merata-rata.