“Yang Saya Baca-Baca Itu Untuk Shooting” – Mak Wan
Tular video mengenai dirinya di aplikasi TikTok sejak semalam, pelakon Mak Wan Latah menafikan dakwaan dikatakan melakukan perkara syirik.
Memetik Harian Metro, Mak Wan berkata video dimana mendengarkan seperti sedang menyeru adalah latihan untuk lakonannya sebagai watak bomoh jahat.
BACA: Bekas Pengurus Peribadi Dedah Sikap Sebenar Mak Wan Latah?
“Benda itu benda lama. Yang saya baca-baca itu, untuk ‘shooting’. Saya tak pernah berlakon watak jahat, untuk jadi bomoh,” katanya.
Ditanya sama ada dia mengenali wanita yang didakwa bekas pengurus peribadinya, Mak Wan berkata dia tidak mahu membuka aib sesiapa serta menyifatkan individu itu tidak betul.
“Saya tak nak buka aib sesiapa. Seperti yang pernah saya beritahu bekas suami saya, saya tak nak buka aib sesiapa. Biar sampai mati, saya tetap dengan pendirian saya.
“Otak dia tak betul. Dia akan tulis apa sahaja. Dia nak buat apa, itu hak dia. Kenapa sebelum ini dia puji saya? Sebab dia nak duit saya, kan?
“Kenapa bila saya dah tak nak dia, dia cerita macam-macam pasal saya? Manusia ini, bila kita dah tolong dia, kita digigit balik,” katanya.
Sementara itu, Mak Wan memaklumkan dia juga sudah membuat laporan polis berikutan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
“Ya, saya tahu dia fitnah saya. Saya dah buat laporan polis. Itu bukan saya nak tunjuk saya hebat, tapi kerana saya nak lindungi diri kalau dia akan buat benda bukan-bukan lagi.
“Saya akan berdiam selagi Allah beri saya kekuatan. Saya tak mahu bercakap apa-apa lagi,” katanya.
Terdahulu, tular video seorang wanita dipercayai Mak Wan dalam keadaan tidak bertudung sedang menyeru sesuatu.
“Pendampingku, kau datanglah kepadaku. Aku seru engkau datang kepadaku supaya kau halang mereka agar tidak pergi ke sana untuk mengubatkan apa yang telah aku buat kepada mereka,” ucap wanita dalam video itu.
- SUMBER
- Harian Metro
klu betul kita tgkla nnti ada tk drama yg dia blkon sebut skrip mcmni..tkkn berlatih baca skrip sesaje yg bukan utk drama kot klu betul buktikanla.aku mmg susah nk caya makcikni.
I think makcik ni mmg difitnah…pasal kalau org betul pakai bomoh mesti dia berjaga2 jgn sampai org tau. Ada satu drama series tak salah dia pernah bawak watak makcik kedai makan yg baca2 jampi biar makanan sedap…apa cerita dia lupa pulak tajuk lak. Takpelah kalau betul Allah akan tunjuk…
Fikir logik la…kalau betul dia tgh baca,xkan siap ada org rekod & boleh share kt medsos…tu pun bkn nye rekod sembunyi2,siap lighting cantik lagi…dia pun kalau betul amalkan benda mcm tu takde nye dia nk sampai org tau,mmg dia simpan rahsia tu betul2
Abih yg calit kening dengan minyak tu pn untuk shooting ek mk Wan???
Org skrg berlumba2 buat fitnah tambah dosa. Dah tak ingat janji Allah agaknya. Malukan org jadi subjek utama.
alah..propa cerita baru tuuuu…
BERITAU LAH NAMA DRAMA APA. BERITAU. SUPAYA BETUL NAMPAK KO KENA PITNAH.
NANTI NERAKAZEN SEMUA AKAN COMPARE SAMA KE TIDAK JAMPI CALIT KENING NI DENGAN SKRIP JAMPI DALAM DRAMA TU.
JANGAN BUAT CERITA EK
KAWIN 4 KALI , LEPAS CERAI BERGELEK MENYANYI KAT KAROKE, KES DENGAN PA, VIDEO RITUAL … MACAM KERENAH SITUA NI
JANGAN KATA SEKARANG SEBELUM NI PUN MEMANG TAK PERCAYA SI TUA NI. MUKA SESUATU.
Org kalau dah nama pelakun, mmg lah pandai…cuba siasat dgn xhusband dia. Video mentera tu bukan shooting…mcm betul je. Suruh si tua tu lalu bawah ampaian. Xkan PA dia nk buat cerita.
Ada artis yg nk lasting dot job buat kerja camni…
Seram jugak..
Bersihkan hati masing2…diam je x payah tambah dosa ok!
Ko baca apa nyahhhhh..
koserrr tauuuuuu….
Ko baca apa nyahhhhh..
koserrr tauuuuuu….