“Yang Perit Tu Bila Saya Rasa Dia Macam Ada” – Shuib
Hampir setahun pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu berkata dia masih belum boleh melupakan kenangan manis bersama bidadarinya itu.
Memetik mStar Online, Shuib berkata dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak untuk mengalihkan perhatian daripada teringatkan arwah.
BACA: “Saya Akan Selalu Bersedih, Tapi Saya Reda Dengan Ketentuan Ini” – Shuib
“Kadang-kadang orang kata saya kuat tetapi hakikatnya lemah kerana sentiasa menangis dan saya akui sehingga saat ini masih belum lupakan arwah Sarah, setiap hari akan memikirkan mengenai dia.
“Bila cerita mengenai kekuatan tu ada cuma kadang-kadang on-off, saya rasa itu mungkin perkara normal untuk manusia biasa untuk lalui dugaan ini.
“Cuma bila tengah sedih tu, saya hubungi mak untuk luahkan segala rasa sedih dan menangis, kalau untuk anak-anak pula saya banyak luangkan masa bersama dengan bercuti,” katanya.
Kata Shuib lagi, dia masih merasakan seperti arwah Sarah masih hidup lebih-lebih lagi melihat video atau foto kenangan.
“Yang perit tu bila saya rasa dia macam ada! Lagi pula bila admin Instagram milik arwah kongsi video-video lama… rasa rindu tapi dia dah tak ada.
“Apabila tengok muka anak-anak saya tak boleh nak layan perasaan sangat, cuma terusik hati bila tengok kawan-kawan bahagia mengecapi kejayaan bersama orang rumah, tapi saya tak dapat begitu. Namun saya bersyukur apabila dikurniakan anak-anak yang mendengar kata, baik semuanya,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib tidak menghalang jika suatu hari nanti ditakdirkan untuk bertemu jodoh suatu hari nanti apatah lagi anak-anaknya masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
“Sarah memang berada di tempat yang istimewa dalam hati saya… tiada siapa boleh lawan tapi bila cerita mengenai jodoh untuk masa depan saya tidak berani nak komen, lagi pun saya tidak boleh halang sekiranya ia sampai. Saya serahkan semuanya pada Allah untuk tentukan tapi saya perlu utamakan anak-anak.
“Sekiranya ada wanita di luar sana mampu mengambil hati anak, ibu dan mertua saya dan mereka setuju, jadi mungkin dia layak untuk mengisi kekosongan ini… bukan kerana fikirkan tentang diri tetapi anak-anak,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Ib. Kalo ko kata ko cari isteri utk kperluan diri ko pun org faham. Jgn rasa bersalah sbb aruah dah di alam.lain. pasti sarah pun mahu ko tenang jaga anak2. aku fhm perasaan ko. Ko pun muda lg. At least ko setia dan x pernah curang dgn sarah masa aruah hidup. Byk jantan yg cari lain mencurang sedangkan isteri masih elok dan sihat.
X tau la nape tp aku suka kalo suib berjodohan dgn zara zya hoho. Maaf jika zara dh ada boyfren lain tp watak dia dlm drama Risik tu mnjadi sgt. Drama tu mnarik rupanya. Umee nazirah mmg pakar bab lakonan wanita berhati kental atau pun ala2 psiko. Aliff aziz mmg sesuai jd hero watak hero ala2 suci dan x mahu kahwin dua. Off topic sikit.
berat dugaan ib ni, ko bygkan sarah tu baik kot.. pastu mmg dorg bersama dari zaman susah.. ni sekarang si ib ni kena buat sorg2,sarah dh xde.. kita ni putus cinta pun sedih,apatah lg hilang partner.. semua tu takdir,kita ni doa la baik2.. lain org,lain dugaan nya..
aku x suka part org try kenengkan ib ni dgn siapa2,dia cm tibeh.. lg2 si vida tu haa,cm tah pape
Kesian kat Shuib :-( :-( :-(
Kuatkan lah diri mu ye, Shuib. Kesiaannn…
Nak orang pujuk-pujuk ye.
Sampai jadi PENAGIH SIMPATI.
Tak habis-habis.
Nak buat camana. Bakat tak ada. Sekadar boleh cuba nagih simpati ajelah.
Move on lah, NGOK!!
Orang dah meluat benar dok dengar ko meroyan dan meraban!
Hahaha Kan. buat content, tapi dah basi. Hahahha Cari idea lain la
Mcm la ko sorang kematian org tersayang. Semua org pun pena hadapi bende yg same. Muak la won asik up bende yg same. Kalo ko nak meratap hiba menangis smpai jadik kasim selamat. Silakan! Silakan buat diam2 ok. Simple as that!
Apa yg kau duk kutuk dia…yg wajib kau kutuk tu semua content creator mcm rtk ni…diorg dapat duit…kau dpt apa???…dpt dosa …dia diam² je xde pun duk terhegeh² nk cerita sedih dia…Dia kaya raya la…tak hadap pun simpati org…Elok la doa yg baik² moga² doa tu berbalik kpd kita semua…Kau kutuk² dia…satu saat kau pulak yg hadap mcm semua yg dia rasa tu baru kau tau langit tinggi rndh…