Sebelum ini, pelakon dan pengacara Janna Nick dikecam netizen gara-gara menyebut perkataan ‘perempuan gila’ ketika bertanya soalan kepada Fattah Amin dalam satu podcast.
Tampil menjelaskan perkara itu, Janna berkata soalan diajukan itu merujuk kepada situasi umum yang dirasai oleh kaum lelaki selepas berpisah dengan isteri dan bukan menyindir bekas isterinya.
BACA: “Yang Gila Tu Saya, Bukan Fazura”
“Saya tanya soalan berdasarkan situasi. Untuk yang tak faham dan kata saya hina perempuan bercerai, hello, saya pun datang daripada keluarga berantakan. Saya sekadar mahu mendapatkan perspektif jujur daripada seorang lelaki yang sudah bercerai.
“Saya sangat faham perasaan perempuan ditinggalkan atau meninggalkan. Saya tidak akan, malah mustahil menghina seorang wanita dan ibu,” katanya.
Sementara itu, Janna berkata dia bukan pengacara bermulut jahat sebaliknya dia diminta untuk ‘bermulut lancang’ ketika bertanyakan soalan.
“Selalunya, yang minta saya bermulut jahat adalah penerbit program. Untuk pengetahuan, kalau saya dapat sesuatu ‘job’ dan ketika mesyuarat atau taklimat produksi, saya memang akan disuruh untuk bermulut lancang ketika bertanyakan soalan.
“Kalau tiba-tiba masa ‘rehersal’ program, saya jadi baik, lepas habis sesi produser akan tegur dan minta kembali menjadi jahat,” katanya.
Dalam pada itu, Janna berkata dia mahu menjadi pengacara yang versatile dan gaya pengacaraannya akan mengikut program yang diacarakan.
“Kalau saya mengacarakan program Melodi, saya kenalah ikut acuan disediakan. Kalau penerbit nak saya tukar gaya pengacaraan seperti program Nona, saya kenalah tukar watak jadi wanita ayu, bermulut manis dan lemah lembut. Saya nak jadi pengacara yang ‘versatile’,” katanya.
SUMBER: Harian Metro