fbpx

“Yang Bukan Artis Lagi Banyak Cerai Tapi Tak Masuk Akhbar”

Apa saja kisah perceraian selebriti pasti akan mendapt perhatian netizen, malah ada segelintir pihak beranggapan mereka lebih cenderung untuk berpisah daripada berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Pernah berdepan perceraian sebelum ini, Fasha Sandha tampil ‘sekolahkan’ netizen yang melabel selebriti suka ‘kahwin-cerai’. Kata Fasha, disebabkan mereka selebriti, kisah perceraian jadi bualan, sedangkan ramai lagi orang diluar sana bercerai berai.

BACA: Ibu Sahkan Fasha Sandha Kini Hamil

“Ada juga orang kata, eh artis ni suka bercerai berai ke.Eh hellloooo, bukan artis je bercerai berai, orang bukan artis lagi banyak bercerai berai cuma tak masuk paper je, sbb orang tak peduli.

“Artis juga selalu akan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan, tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir. Sekurang2 nya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan,” katanya.

Fasha berkata dia tidak pernah rasa malu dengan gelaran janda sebelum ini kerana dia mampu menyara kehidupannya bersama anak-anak dengan hasil titik peluhnya sendiri.

“Saya seorang janda sebelum ini dan saya bangga dengan gelaran tersebut. Sebab apa? Sebab saya janda yang berkerjaya, cari duit untuk keluarga, tak meraih simpati dan kuat. Takde apa nak malu pun dengan gelaran‘Janda’ tu,” tulisnya lagi.

“Sekarang Allah bagi peluang kedua untuk menerima pasangan baru. Ini pun PINJAMAN juga daripada Allah, cuma apa yang saya buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fasha turut menitipkan pesanan buat wanita diluar sana untuk jadi lebih kuat supaya tidak ditindas. Fasha menasihati wanita agar membuat simpanan kewangan untuk persediaan masa depan.