“Yang Belah Sana Minta Macam-Macam, Keretalah, Duitlah” – Puteri Sarah
Sejak semalam, satu demi satu pendedahan dibuat oleh pelakon Puteri Sarah Liyana mengenai kemelut rumah tangganya menjadi tanda-tanya netizen.
Menerusi perkongsiannya semalam, Sarah berkata pihak ketiga membuat pengakuan mempunyai hubungan dengan suaminya sehari sebelum Summayah dilahirkan, ketika itu dia sedang sarat hamil 9 bulan.
BACA: “Soalan Ini Patutnya Tanya Syamsul & Kekasihnya” – Puteri Sarah Dimadukan?
Terbaru, Puteri Sarah dilihat ada memuat naik perkongsian meluahkan rasa syukur di atas rezeki yang tidak putus diterimanya. Sarah juga memberitahu sedang berkemas untuk pergi bercuti ke Jepun.
Dalam pada itu, Sarah sempat menjawab dakwaan netizen yang menuduhnya mahukan harta suami, Ujarnya, menggunakan wang hasil kerja kerasnya sendiri walaupun untuk bercuti.
“Baru balik ‘shooting’. Maklumlah, ibu yang bekerja mencari rezeki, kan. Alhamdulillah, rezeki tak putus. Sekarang, tengah kemaskan barang untuk percutian ke Tokyo sebab esok dah nak terbang . Kerja keras, bergembira sepenuhnya.
“Cuma, saya tertanya-tanya. Kenapa saya pula yang dikata nak harta suami? Pergi bercuti pun guna duit sendiri,” tulisnya.
Sementara itu, Sarah sempat memberikan sindiran kepada pihak ‘sebelah sana’ yang tidak bekerja tetapi minta macam-macam termasuk duit dan kereta daripada suaminya.
“Pergi holiday pun guna duit sendiri. Yang belah sana tu minta macam-macam. Keretalah, duitlah. Siapa yang kerja? Siapa yang meminta? Funny, maruah takde kerana duit,” tulisnya.
Sejak semalam hangat diperkatakan ababila Puteri Sarah mendedahkan menerima mesej daripada individu mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan Ira Kazar.
Namun, Sarah mengatakan bahawa dia tidak tahu dan tidak kisah dengan perkara tersebut. Malah, dia turut meminta soalan itu diajukan kepada suaminya.
Hepi ever after
Smsul
tak faham isu ni, sbnrnya dia nak apa? x nak cerai, x nak berbaik, post soc med yg buat netizen berspekulasi, post benda yg berlapis-lapis.
Pening
Meluat baca.. dr kesian terus menyampah dah
Ini sapa pulak “belah sana”??
Dia pulak minta duit dengan siapa?
Kalau meroyan pun, tulis lah elok-elok. Ini tergantung, tak jelas. Baik dok diam aje lah! Apa punya SAMPAH!!
Yg terkini Sol nak saman Jawi RM 10 juta sbb fitnah dia kahwin lagi. Knape yek tak kawin-kawin dgn IK? Ke IK utk simpanan jer? Ke nikah kat Siam tp tak nak daftar? Kalo nikah kat Siam tak daftar kat Msia kesian la IK mcm tu. Dah la suami tak nak declare isteri, mertua pulak tak suka, ada anak nanti jd anak tak sah taraf.
Terbaik puteri sarah. Minta laki kau bagi semua tu. Nanti baru dia tau kifarah aniaya anak bini. Kot jawi yg saman dia balik. Kot culas byr nafkah, masuk court pulak. Jgn sombong sgt…
Rahim Plug – org lain faham jer…kau yg slow sbb ayat simple pun tak boleh hadam.
Sarah maksudkan yg tak keje minta duit, minta keta tu ira kazar…
Prnh baca kat page mana tah..S trpaksa kawen ngn IK..sbb IK ade gmbr intim diorng berdua mse skandal.klu xkwen, IK akan sebarkan gmbr tu.Si S nk byr duir jer kt IK supaya gmbr tu didelete, tp IK taknak duit. die ade plan lg bsr nk kwen ngn S..tu sbb S trpksa kwen ngn IK..so yg pndai skrng IK sbb dpt haruan besar…
PS bg masa kt S suh putuskan hubungn ngn IK..nk putus mcm mana, mmg xleh..si S dh trjerat..kang xpsl2, gmbr trsebark kt press…
So, my opinion..PS terima jerlah si IK tu sbg no2..klu xnk, bercerai jerlah ngn si S..
Yg untung skrng sape??IK ler…
Tp klu aku jd S, even kena paksa kwen ngn IK,bila dh kawen, gmbr dh delete tu sume,aku ceraikan IK dan blk semula pd PS..biar jd MissJ si IK tu… Pisau cukur!!!
Nyampah tul..mintak dijauhkan lh dpt bini mulut mcm lahabau..tau memekak kt socmed..bila brdepan diam x brkutik..
lama lama…i see sarah yang meroyan…
sis u better stay silent….do what u supposed to do…jgn post at socmed bnyk sangat. Whatever ur future decision, good luck.
Dont worry what others thinks
Ni la kes paling pelik.. cerita kat semua yang husband curang la kawin la.. cerai tidak berbaik pun tidak.. apa objective pun x nmpk, suami pun x tau la sayang lagi ke tidak ke pada si isteri kalau dah bising satu dunia ni kisah rumahtangga. Apapun doakan la kes ni selesai dgn baik, sian kat anak2 je.
Pulak dah..Baru ni ingatkan suma ni gosip ja sbb slumber ko nk saman jawi kan?Adeyh..Ni sum apasal mat kilau la ni..Brapa juta kutipan?Mai kita bahagi dua xda la byak sgt..Bila ko sorg pegang byak² inilah jdnya,.Nak alamat umh ka nk acc bank ka tu email Aku., Byak sgt duit ko pegang pon xelok jgak .
Masyaallah…nk kahwin 4 pun x ada masalah..ikutlah law.. intitusi agama nk di saman.. gelak org kapir kat aku.. kesian anak bini no.1…kecuali kalau dah rembat apam balik kacang merah..kena tanggungjawab lah ????