fbpx

Perkongsian pelakon Puteri Sarah di Insta Story semalam mencetuskan tanda tanya netizen seolah memberitahu mengenai hal rumah tangganya dengan pengarah, Syamsul Yusof.

Malah, Sarah turut memuat naik mesej diterima daripada individu yang mendakwa suaminya sudah pun bernikah dengan Ira Kazar. Namun, Sarah mengatakan bahawa dia tidak tahu dan tidak kisah dengan perkara tersebut.

BACA: Puteri Sarah Terima Mesej Dakwa Suami Dah Nikah Dengan Ira Kazar?

Memetik Harian Metro, Puteri Sarah bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya meminta soalan itu diajukan kepada suaminya.

“Saya rasa soalan ini sepatutnya ditujukan kepada Syamsul dan kekasihnya. Bukan saya, tak perlu saya nak jawab,” katanya.

Sejak beberapa bulan lalu hangat diperkatakan apabila Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tanggannya bersama Syamsul Yusof.