fbpx

Yana Samsudin Nafi Tunang Dengan Anak Tokoh Korporat

Baru baru ini, Yana Samsudin ada hadir ke sebuah majlis anjuran sebuah syarikat korporat di Shah Alam & beliau hadir bersama seorang jejaka berkulit putih dan ini menimbulkan gosip baru.

Aktress tersebut di’katakan telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka itu yang merupakan anak kepada seorang tokoh korporat dan bakal melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini.

“Belum ada sesiapa pun datang merisik atau menghantar tanda pada keluarga saya. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana cerita itu timbul,” jelas Yana Samsudin menjawab persoalan yang timbul baru baru ini.

“Saya antara artis yang diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan — saya sendiri tidak tahu menahu mana orang boleh dapat cerita saya ada hubungan dengan lelaki dalam gambar itu”

“Kami tidak ada apa-apa hubu­ngan istimewa seperti yang digosipkan orang itu. Saya juga tidak ada apa-apa lagi nak komen mengenai perkara itu”

Yana Samsudin juga berkata yang beliau pastinya akan menghebahkan serta menjemput para media jika beliau bertunang atau berkahwin suatu hari nanti.