fbpx

Yana Samsudin Nafi Tanggung Makan, Minum Suami

Ketika pasangan ini melangsungkan perkahwinan baru baru ini juga, ramai peminat yang bertanya sesama sendiri apakah pekerjaan sebenar suami Yana Samsudin dan tidak ramai tahu sebenarnya Fadzil Zahari aktif dalam dunia perniagaan.

Bercakap kepada media baru baru ini, Yana Samsudin menepis dakwaan sesetengah pihak yang beliau menanggung makan minum pakai suaminya itu dengan mengatakan tiada asas untuk orang berkata demikian terhadap cara hidup mereka.

BACA: Baru 3 Minggu Kahwin, Suami Mula Komplen Yana Samsudin

“Dia mempunyai pendapatannya sendiri dan dia sebenarnya seorang yang bijak dalam perniagaan. Pada saya salah faham itu timbul kerana dia jarang menonjolkan latar belakangnya selain orang mengenali dia sebagai adik kepada Farid Kamil,” ujar Yana Samsudin.

Beliau turut menjelaskan yang Fadzil mempunyai sebuah syarikat iaitu Prokuya Studios, sebuah agensi pengiklanan dan pengurusan bakat yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu. Namun pelakon ini tidak mahu bernaung di bawah syarikat suaminya itu.

“Biarlah dia hanya menjadi suami saya dan bukannya terlibat secara profesional dalam kerjaya kerana saya bimbang ia akan memberi kesan kepada hubungan kami nanti. Saya juga kini selesa menguruskan sendiri karier saya,” tambahnya lagi. (rtky/m)