fbpx

Baru 3 Minggu Kahwin, Suami Mula Komplen Yana Samsudin

Baru sahaja 3 minggu pasangan ini bergelar suami isteri, nampaknya Yana Samsudin telah menerima aduan daripada suaminya, Fadzil Zahari walaupun mereka ketika ini sangat sibuk dengan kerja masing-masing.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Yana Samsudin & Fadzil Zahari Di Jitra

Berkongsi kisah tiga minggu bergelar isteri kepada Harian Metro, Yana akui suami memintanya memasak kerana tahu isterinya suka dan memang pandai memasak namun, baru seminggu merasai masakan air tangan isteri tercinta, Fadzil mula ‘komplen’ perut naik.

“Yalah, selama seminggu saya jaga makan minumnya daripada sarapan, makan tengah hari, minum petang sehingga kepada makan malam. Selepas seminggu, dia mula minta kurang-kurang­kan,” katanya ketawa.

Comel sungguh pasangan ini kami lihat selepas berkahwin, ditambahkan lagi dengan sikap romantik suaminya, dalam masa yang sama Yana juga akui agak janggal kerana permulaan hubungan mereka sebelum ini adalah bermula daripada kawan rapat.

“Kalau dulu-dulu, saya selalu di temani pembantu peribadi tapi kini ditemani suami ke mana-mana. Seronok juga walaupun dia tak selalu sangat temani saya sebab dia pun ada kerja sendiri. Cuma akhir-akhir ini susah nak berenggang. Tak tahu pula dia sungguh loving, romantik semacam pula!” katanya.

Selain itu, Yana juga memberitahu bahawa dia dan Fadzil tidak merancang mengenai isu cahaya mata walaupun sedar ketika ini Yana sibuk dengan tawaran berlakon serta mengacara dan menyerahkan perkara berkenaan ketentuan Allah sama ada cepat atau lambat. (rtky/syfq)