fbpx

Yana Samsudin Beri Kata Semangat Buat Suami

Semalam dunia hiburan digegarkan dengan berita Datuk Farid Kamil ditahan kerana menumbuk anggota polis, juga dibawah pengaruh dadah. Turut terkesan dengan perkara itu, Yana Samsudin, memberi kata-kata semangat kepada suami, Fadzil Zahari yang juga adik kepada Farid.

BACA: Polis Sahkan Farid Kamil Positif Ganja

“Sentiasalah jadi diri sendiri dalam apa juga keadaan. Insya-Allah. Allah tahu segala-galanya. Kita manusia juga susah hendak faham ujian sebenar daripada-Nya”

“Masa akan datang memberi makna bagi setiap kejadian. Sabar, tenang. Semoga Allah mudahkan urusanmu dan keluargamu di dunia dan akhirat,” tulisnya menerusi akaun Instagram.

Perkongsian itu turut disertakan dengan gambar mereka bersama. Rata-rata peminat juga memberikan reaksi positif sambil mendoakan pasangan itu dan berpendapat kejadian yang berlaku terhadap Farid punya hikmah.

Dalam pada itu isteri Farid, Datin Diana Danielle meminta orang memberikannya sedikit ruang untuk menyelesaikan apa yang berlaku kerana beliau juga masih terkejut dengan berita tersebut. Diana juga telah menutup ruangan komen di Instagram buat masa ini. (rtky/w)