fbpx

“Ya, Saya Bercinta Dengan Hafreez Adam”

Tiada angin tiada ribut, Zara Zya mengakui dirinya kini sedang bercinta dengan seorang pelakon meningkat naik, Hafreez Adam. Jelasnya hubungan itu masih baru beberapa bulan terjalin sejak bergandingan dalam drama bersama.

BACA: Zara Zya Bergelar Penyanyi, Hadiah Buat Peminat

“Kami sudah kenal lama tapi makin rapat sejak berlakon drama MonaLisa sebanyak 80 episod untuk Astro Prima terbitan Radius One Sdn Bhd. Kiranya hubungan rapat ini baru terjalin beberapa bulan saja”

Sebelum ini, Hafreez terlebih duhulu terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya dengan Zara Zya. Dalam masa yang sama, Zara Zya turut mengharapkan peminat mendoakan jodoh diantara mereka.

“Malah, bila Hafreez sendiri mengaku, takkan saya menafikan pula. Apatah lagi, saya selesa menjalin hubungan dengan Hafreez kerana dia bersikap matang, baik, manis dan bila bercakap pun elok,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sebelum ini memang jarang dengar kontroversi Zara Zya membabitkan dengan mana-mana lelaki, rupanya hati sudah berpunya. Memang sama manis sama padan mereka berdua. Semoga cepat makan nasi minyak ya! (rtky/w)