Memuat naik video romantis memaparkan sang kekasih, Mr E memberi sebentuk cincin, tanda Ruhainies menerima lamaran sebagai kekasih. Menurut Ruhainies, video itu sekaligus membuktikan, beliau kini sudah berpunya.

BACA: Ruhainies Bengang Dituduh Mata Duitan


“Rakaman video itu adalah bukti kami menjalin hubungan cinta. Sebenarnya, video promosi untuk Instagram itu ada jalan cerita termasuk lamaran dirinya ke atas saya. Namun, lamaran itu bukanlah ajakan untuk berkahwin”


“Ia lebih kepada mengesahkan hubungan percintaan kami. Kalau hal kahwin, masih terlalu awal untuk diperkatakan. Rakaman video itu menunjukkan kami bergabung baik dalam perniagaan mahupun peribadi,” katanya.

Klip video yang dibuat di London ketika bercuti tempoh hari sebenarnya merupakan projek terbaru Ruhainies dan kekasih yang bakal mengeluarkan produk baru, apabila Ruhainies menjadi duta produk kekasihnya.



Begitu rupanya, ingatkan Ruhainies dilamar kekasih untuk berkahwin! Apa pun kami sediakan video klip romantis Ruhainies menerima sebentuk cincin dari kekasih, sebagai tanda menjadi teman wanita Mr E. (rtky/w)

View this post on Instagram

Beyond grateful??

A post shared by @ ruhainies7 on