Tiada ibu di dunia ini yang tidak sayangkan anak dan tiada apa dapat memisahkan kasih antara ibu dan anak. Menerusi Instagram, Erma Fatima berkongsikan rahsia yang selama ini tidak diketahui umum mengenai anak ketiganya.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menerusi perkongsiannya itu, Erma menceritakan kisah anak angkatnya itu yang telah berpisah lama dan betapa hancur hatinya apabila mengetahui anaknya itu telah dipenjarakan pada Mei 2016.
BACA: Erma Fatima Sebak Bila Najib Ditangkap
Kata Erma lagi, disebabkan terlalu kecewa dia tidak sanggup untuk melawat anaknya di penjara dan keluarga juga menyangkakan dia tidak lagi dapat menerima lagi anaknya.
“Ini anak saya yang ketiga. Dari umur dia satu hari saya pelihara dia. Saya berikan yang terbaik semampu saya. Sekolah, agama, kasih sayang, meskipun banyak kekurangan saya.
“Berbagai dugaan saya terpaksa lalui untuk besarkan dia. Dan satu hari atas percaturan orang tertentu anak saya kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya ketika itu. Dan Mei 2016 saya mendapat berita dia ditangkap polis dan dipenjarakan,” kata Erma.
Namun percaturan Allah itu hebat, kedua mereka disatukan kembali dan kepulangan anaknya dari penjara disambut dengan tangan terbuka oleh Erma. Menurut Erma, meskipun tidak melahirkan anaknya itu, namun dia tetap ibu kepada anaknya.
“Semua di dalam keluarga saya menyangka saya dah buang dia dari hidup saya. Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak-anak saya yang lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah.
“Semua takut saya tak terima dia. Apa pun saya masih ibu dia walaupun saya tidak melahirkannya walaupun dia tinggalkan saya, hancurkan hati saya tapi saya tetap ibu dia. Ya, anak aku kini bekas seorang banduan,” tulisnya.Erma lagi.
Dalam pada itu, Erma menjelaskan perkongsiannya itu bukan kerana mahu menagih simpati tetapi mahu berkongsikan kepada semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup.