fbpx

Kali ini peranan Xiaomi Mi Note 10 pula menambat hati anda dengan kecanggihannya. Rata-rata pengguna telefon pintar pasti akan memberi perhatian lebih bab kamera bukan.

Jawapan kami hanya satu, Xiaomi Mi Note 10 lah pilihan terbaik buat anda yang gemar merakam detik indah sebagai koleksi peribadi.

Nak tahu kenapa? Ini semua gara-gara kecanggihan yang lebih tinggi di bahagian kamera jika nak dibandingkan dengan telefon pintar yang lain.

Xiaomi Mi Note 10 dilengkapkan dengan kamera 108MP sekaligus menjadi peranti pertama didunia yang canggih dan wow!

Dengan kecanggihan kuasa kamera 108MP akan memberikan anda pengalaman yang hebat disebabkan telefon pintar ini dihadirkan sekali dengan resolusi 12032 x 9042 pixel.

Dengan kuasa ini juga anda boleh mencetak poster setinggi 4.2 meter. Jika nak dibandingkan sebelum ini Redmi Nota 8 Pro, dengan sokongan 64MP mampu mencetak poster setinggi 3.24m. Senang cerita bila anda menggunakan telefon pintar ini gambar yang anda print itu tak akan pecah mahupun kembang.

Lebih menarik lagi mengenai Xiaomi Mi Note 10 ini, ia juga dilengkapi dengan kuasa 5x Optical, 10x hybrid, 50x digital zoom.

Turut sama didatangi dengan sensor canggih Xiaomi Mi Note 10 ini adalah 4 lensa yang bakal merakam senario yang berbeza. Antaranya 5MP telefoto, 12MP portrait lens, 20MP Super Wide Angle dan 2MP lensa khas makro sekaligus menjadikan kamera penta dapat memberi fleksibiliti pro-gred untuk semua senario.

Gambar: Billy Cane

Gambar: Billy Cane

5MP Telefoto


Gambar: Kenji Ooi

12MP Portrait Lens

20MP Super Wide Angle

2MP Lensa Makro

Super Makro

Bakal buat anda jatuh cinta lagi dengan Xiaomi Mi Note 10 ini adalah penggunaan cip pemproses Snapdragon 730G bersama padanan memori RAM 6GB dan ruang simpanan 128GB.

Selain itu, jana kuasa Mi Note 10 dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5260mAh dan daya pengecasan pantas 30W disalurkan melalui port USB-C.

Xiaomi Mi Note 10 juga lengkap dengan penutup kaca hitam 3D yang melengkung, skrin Arc AMOLED, sensor cap jari dalam skrin, audio hi-res, sokongan fail RAW yang akan membolehkan anda mengaktikfan pengambilan gambar dalam fail RAW. Sekaligus memudahkan proses suntingan gambar yang jauh lebih baik.

Lebih menarik lagi, Xiaomi Mi Note 10 adalah telefon pintar pertama daripada Xiaomi yang tersedia dengan mod rakaman video baharu yang dikenali sebagai Vlog Mode. Terdapat hampir 7 pilihan efek berbeza yang membolehkan anda merakam video pendek berdurasi sekitar 11 atau 12 saat.

Video anda akan lebih stabil dan jelas dengan sistem Dwi OIS apabila anda menggunakan Vlog Mode.

Kalau anda nak tahu kenalah dapatkan dahulu Xiaomi Mi Note 10 ini hanya di Lazada dan Shopee.

Anda juga boleh dapatkan telefon pintar Mi Note 10 Pro di Lazada dan juga Shopee. Kiranya senanglah untuk anda buat pilihan dua telefon pintar ini. Dah buat keputusan terus beli online. Kan mudah tu.

Maklumat lanjut layari laman rasmi ini.