Usahawan Datin Seri Nur Shahida tampil memberi penjelasan mengenai video siaran langsung dimana dia ada menyebut berkenaan pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman.
Menerusi satu video, Shahida berkata suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri bertanya, ‘Siapa bini Fattah Amin?’ dan Shahida menjawab secara spontan, ‘Amira Othman’, susulan hangat gosip diperkatakan antara mereka.
BACA: Shahida Dedah Aliff Syukri Pernah Hampir ‘Disondol’ Anak Dara
@daya_mall Permintaan maaf secara terbuka keoada Fattah AMin & Amira Othman.. Maafkan Mama Ya ?? #mamalaris #papalaris #datinshahidadherbs #terlajaklaris #dherbsaffiliate #dherbsonline #alifsyukriterlajaklaris #dherbsterlajaklaris #datinshahida #begalifsyukri
? original sound – Daya Affilliate Mall – Daya Affilliate Mall
Menurut Shahida, suaminya ketika itu bertanyakan siapa yang sedang digosipkan dengan Fattah dan jawapan Amira Othman yang keluar ketika itu berlaku secara spontan.
“Sebelum ini viral, suami saya tanya siapa isteri Fattah Amin. Saya faham, maksudnya bukanlah isteri tetapi dia nak tanya dengan siapa Fattah digosipkan.
“Saya faham maksud dia, cuma dia kurang pandai nak cakap secara terus..dia akan jadi bengkang bengkok,” katanya.
Bagaimanapun, Shahida memohon maaf kepada Fattah dan Amira di atas kekhilafan tersebut dan menjelaskan dia tidak tahu mengenai sebarang hubungan istimewa antara mereka.
“Ini permohonan maaf kepada Fattah dan Amira, apa yang berlaku spontan je. Saya sendiri pun tak tahu adakah mereka akan kahwin atau tidak, tak dijemput pun. Minta maaf sangat sebab terlebih bicara. Laki saya pula over macam makcik bawang, saya pun sama,” katanya.