Bulan Ramadhan ni, ramai terutamanya para isteri dan ibu yang mempunyai pelbagai tanggungjawab ingin memudahkan kerja di dapur untuk siapkan menu masakan. Senang cerita 20 minit sahaja dan siap juadah untuk berbuka dan pencuci mulut bagi melengkapkan lagi menu juadah. Lagi-lagi waktu sahur bukan satu perkara yang mudah untuk nak sediakan makanan. Memandangkan sekarang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai ibu yang akan berselisih di antara kerja rumah dan kerja pejabatnya. Bila PKP tamat, mungkin ramai lagi yang ingin menyediakan makanan di rumah.

Tapi kali ini kami nak kongsikan dengan anda 4 resepi mudah dengan produk F&N dan TEAPOT Squeeze Tube untuk ibu dan isteri menyediakan juadah. Jadi bagi kaum wanita yang bekerja inilah masanya untuk anda jimatkan tenang anda yang seharian melakukan kerja. Hanya 4 langkah sahaja dah siap menu untuk keluarga. Tak ada lah nanti anda penat memasak hasil carian di Google, akhirnya tak menjadi. Sudah lah penat ditambah pula dengan perasaan kecewa melihat menu masakan tak berhasil. Kemudian mula lah nak ikut trend update dalam laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini!

1. Roti Telur Squeezy Peasy



Paling mudah dan senang dengan menu ini. Hanya perlu:

Langkah 1: Goreng Telur
Langkah 2: Panaskan semula roti canai, kalau tak ada nak guna roti pun boleh
Langkah 3: Letakkan telur di atas roti canai atau roti anda
Langkah 4: Squeeze F&N Squeeze Tube perisa Coklat ataupun TEAPOT Squeeze Tube perisa Pandan ke atasnya sebagai penambah rasa.

Mudahkan hanya 4 langkah sahaja, roti telur anda sudah boleh dinikmati di mulut. Paling best, langkah 4 jangan sesekali tinggal. Rasanya memang terangkat bila anda cuba step ni. Sedap gila!

2. Waffle Strawberi Krim-ee


Ubah selera berbuka atau sahur anda dengan menu waffle yang paling mudah.

Langkah 1: Panaskan waffle yang sudah dibeli
Langkah 2: Potong buah kegemaran anda, tak kisah lah berapa banyak buah yang anda mahukan
Langkah 3: Hidangkan di atas pinggan
Langkah 4: F&N Squeeze Tube perisa Strawberi ke atasnya

Dengan F&N Squeeze Tube perisa Strawberi ni memang akan bagi rasa yang lagi sedap kepada waffle anda. Dengan manis buah yang anda hidangkan tadi ditambah pula dengan kemanisan manja squeeze F&N Squeeze Tube perisa Strawberi memang padu. Nak rasa kelainan anda boleh juga guna kan F&N Squeeze Tube perisa Coklat.

3. Aiskrim Warna-Warni Yang Lazat


Langkah 1: Ambil aiskrim kegemaran anda
Langkah 2: Tambah beberapa hiasan yang anda mahu seperti kacang atau kepingan jagung
Langkah 3: Serikan lagi dengan taburan bijian warna-warni
Langkah 4: Squeeze sahaja F&N Squeeze Tube perisa Coklat atau F&N Squeeze Tube perisa Strawberi atas aiskrim!

Memang sangat-sangat mudah jika anda sediakan menu ni kepada anak-anak anda selepas berbuka. Squeeze sahaja perisa kegemaran anda di atas aiskrim confirm anak-anak akan minta untuk kali kedua. Jika anda suruh anak anda hiaskan aiskrim mereka pun boleh. Dapat juga anda lakukan aktiviti menyediakan aiskrim bersama anak anda.

4. Satay Buah-buahan


Langkah 1: Sediakan marshmallow
Langkah 2: Pilih buah kegemaran anda dan potong buah ikut kreativiti anda
Langkah 3: Satukan buah dan marshmallow menggunakan lidi sate.
Langkah 4: Squeeze F&N Squeeze Tube perisa Coklat atau F&N Squeeze Tube perisa Strawberi ke dalam mangkuk dan corakkan di atas buah tadi

Jika anda ingin celup buah dengan F&N dan TEAPOT Squeeze Tube saja pun boleh. Kali tu, anda akan dapat rasa perisa F&N dan TEAPOT Squeeze Tube yang sebenar.

Mudah kan dengan F&N dan TEAPOT Squeeze Tube ni, memudahkan kerja anda dan juga dapat mempercepatkan kerja di dapur. Lagi menarik, dengan F&N dan TEAPOT Squeeze Tube ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan anda semasa menyediakan hidangan. Boleh lah hiaskan makanan anda mengikut citarasa anda atau keluarga anda.

F&N Squeeze Tube yang diperbuat daripada susu New Zealand ini boleh didapati dalam tiga perisa iaitu Coklat, Strawberi dan Penuh Krim. Begitu juga dengan TEAPOT Squeeze Tube, boleh didapati dalam perisa juga iaitu Krimer Manis, dan dua perisa tempatan iaitu Gula Melaka dan Pandan yang boleh dimakan dengan juadah tradisi Malaysia.

Bukan sahaja mudah dalam menyediakan masakan. Ia juga mudah di bawa ke mana sahaja. Nak tahu lebih banyak menu yang anda boleh cipta dengan F&N dan TEAPOT Squeeze Tube? Jom terjah laman rasmi ini untuk anda ambil resepi masakan.


Jadi apa tunggu lagi, jom cepat beli F&N & TEAPOT Squeeze Tube di sini untuk sedap-kan lagi resepi anda.

Jangan lupa share dengan kami resepi masakan anda menggunakan empat langkah paling mudah ini. Muat naik di laman media sosial anda untuk jadikan juadah anda menjadi ikutan follower. Tag #FNsqueezetube #TEAPOTsqueezetube di setiap gambar resepi anda okey! Bolehlah kami tengok nanti.

×