fbpx

Musim-musim PKP ni, memang susah nak lepak bersama kawan-kawan kan? Jangan kata lepak, berjumpa pun belum tentu. Ya lah, bila berjumpa takut kena saman pula dek kerana langgar SOP. Tapi kami ada satu cara untuk anda have fun bersama geng sekepala anda walaupun jarak memisahkan. Nak duet dengan TikTok femes macam Ayda Jebat, Akiddos, Syaza Yusof, Bella Khan pun boleh geng!


Kami tahu anda bosan sangat terkurung dalam rumah tu, apa kata kali ini anda join cabaran terbaru OPPO di TikTok iaitu OPPO Reno5 #PictureDanceTogether . Senang jer wey! Menari dengan idola anda, lepas tu boleh lah tunggu RM11,000 jadi milik anda.

Anda mesti nak tahu kan, macam mana nak join cabaran ni?

Okey meh kami terangkan. Mula-mula buka aplikasi TikTok dan search #PictureDanceTogether.

Kemudian, duet video TikTok dengan kawan anda ataupun idola TikTok kegemaran anda seperti Ayda Jebat, Nabil Mahir, Akiddos, Syaza atau Bella Khan!

Lepas dah elok duet dance tu, jangan lupa pula buat penghantaran video dancing anda tu ke sini.

Ingat! Jangan lupa hantarkan video TikTok anda untuk dapat potongan harga bernilai RM100 melalui baucer.

Tapi sebelum hartar tu jangan lupa pula letak kan tanda pagar #PictureDanceTogether dan #OPPOReno5. Yang paling penting bila anda ikut semua arahan yang tetera di gambar tu, anda boleh dapat hadiah yang berbaloi-baloi.

Part Hadiah Ni Wajib Baca Tau

Rugi kalau tak join cabaran ini. Daripada anda suka-suka sahaja menari tu, baik join challenge ni dapat juga hadiah. Antara hadiahnya adalah:

Hadiah Pertama: OPPO Reno5 + hadiah wang tunai RM3,000

Hadiah ke-2: Hadiah OPPO Watch 46mm + RM1,500

Hadiah ke-3: Jam Tangan OPPO 41mm + wang tunai RM1,000

Hadiah Saguhati: 10x unit OPPO Enco W11

Setiap peserta yang menyertai peraduan ini akan mendapat baucar diskaun RM100 untuk membeli OPPO Reno5 Series 5G.

Ha! Alang-alang tu meh layan dulu apa yang menariknya mengenai OPPO Reno 5G series ni.

Rekabentuk Unik dengan Reno Glow

OPPO Reno5 Series 5G ini turut didatangkan dengan rekabentuk dan warna yang sangat menawan. Ada dua pilihan warna, iaitu Galactic Silver dan Starry Black, tetapi yang menariknya warna Galactic Silver ni akan berubah warna dari setiap sudut tau, sebab ia menggunakan Reno Glow.

Kamera 64MP Untuk Rakaman Video Jelas

Macam korang tau lah, OPPO memang power bab kamera ni. Kali ni, OPPO membawakan AI Highlight Video dan Dual-view Video untuk korang yang suka merakam pelbagai video kreatif. Barulah boleh nak jadi sosial media influencer!

Dengan fungsi kamera AI Highlight Video ni, korang boleh rakam macam-macam jenis video dengan kualiti yang memang mantap, untuk kedua-dua kamera hadapan dan belakang.

AI Highlight Video menggunakan teknologi Live HDR untuk menjadikan video waktu siang korang lebih smooth, cerah dan berkualiti tinggi. Korang cuba tengok contoh video kat bawah ni. Memang cun kan kualiti video ni, walaupun guna kamera hadapan.

Dan pada waktu malam pula, ia menggunakan Ultra-Night Video untuk mencerahkan video korang walaupun dirakan dalam gelap malam. Korang tengok perbezaan kalau OFF dan ON fungsi kamera ni, jauh bezanya kan? Memang terbukti OPPO Reno5 Series 5G ni dihasilkan menggunakan teknologi yang power belaka.

Ultra Night Video Rear Camera

Ultra Night Video Front Camera

Dual-View Video pula boleh menghasilkan dua video dalam satu rakaman sahaja. Di mana kamera hadapan dan kamera belakang boleh merakam dalam satu masa yang sama. Kiranya kalau anda gunakan OPPO Reno5 Series 5G sebagai perakam video anda hasilnya memang tip top. Tak semua phone boleh rakam serentak macam ni.

Selain daripada tu, OPPO Reno5 Series 5G juga dilengkapi dengan Night Flare Potrait yang membolehkan korang snap gambar waktu malam dan memberikan effect bokeh pada gambar korang selain meningkatkan kecerahan dan kejelasan gambar tersebut.

Yang paling kami kagum adalah Image-clear Engine (ICE) pada kamera OPPO Reno5 Series 5G ni. Dengan teknologi ni, korang boleh ambil gambar subjek yang bergerak, tapi hasilnya gambar korang tak blur langsung!

Korang tengok gambar ni, dah zoom pun masih clear, tak pecah pun! Itulah function Ultra Clear 108MP Image pada kamera OPPO Reno5 Series 5G ni. Memang gambar korang akan nampak detail dan clear. Zoom banyak kali pun no problem, still HD!

65W SuperVOOC 2.0

Reno Series memang dah sinonim dengan kuasa pengecasan kilat yang membolehkan phone anda full charge dalam masa 36 minit sahaja. Jadi, OPPO Reno5 Series 5G ni bab nak charge bateri tak perlu tunggu lama. Paling penting jimat masa anda.

Kepantasan 5G

Peranti OPPO dan tahap kepantasannya tak pernah mengecewakan. Kali ini, OPPO Reno5 Series 5G dilengkapi dengan kepantasan 5G. Macam korang dah tau, 5G memiliki kepantasan 10 sehingga 100 kali lebih laju dari 4G dan keluasan sambungan juga jauh lebih hebat. Memang kalau nak main game, tengok movie, tengok TikTok, video call semua laju lah.

Kalau korang beli OPPO Reno5 Series 5G sekarang, korang boleh dapat hadiah misteri bernilai RM99-RM259 tau!

Jadi apa tunggu lagi, dah tahu hadiah apa yang anda bakal dapat tu, tak kan tak nak join kot. Rugi besar! Hadiah sehingga RM11,000 tu, wajib rebut ni. Bukan senang nak dapat tau.