fbpx

Wah! Betul-betul pecah rekod bila realme menjadi Top 1 Best-Selling Smart Scale 2020 jualan di Shopee pada 1 hingga 10 Oktober lalu. Untuk rekod, pengenalan realme Smart Scale ke pasaran adalah penanda arasa untuk jenama ini memasuki industri penjagaan diri. Penerimaan baik daripada peminat realme terbukti dengan sambutan menggalakkan ketika Shopee Flash Sale 10.10 lalu.

Untuk hari pertama jualan 10.10 haritu memang betul-betul awesome bila lebih daripada 1,000 unit terjual di Shopee! Sangat amazing! Paling penting, realme katanya akan adakan flash sale untuk penimbang pintar ini. Menarik kan?

Bukan itu jer, realme jugak menjadi Top 2 Best-selling Health Care Product Category pada hari pertama launch jualan di Shopee! Benda ni takkan tercapai kalau bukan daripada support dari anda semua. Terima kasih!

Betul-betul Pecah Rekod!

Memang tak dapat dinafikan, banyak smart scale atau pun penimbang badan sekarang ni tapi susah nak jumpa penimbang berat yang ‘bijak’. Maksud ‘bijak’ kat sini, yang bukan sahaja, timbang berat badan anda semata-mata tapi ia juga mempunyai banyak function lain! Antaranya realme Smart Scale ni lah. Memang betul-betul rare. Anda kena tahu kenapa perlu realme Smart Scale ni wajib ada di rumah anda.

Jom check this out!

1. Realme Smart Scale Boleh jadi ‘Doktor’ Anda

Haa..Jangan tak tahu, realme Smart Scale boleh pantau kesihatan anda yer. Ia dilengkapi dengan BIA sensor yang sangat accurate dan profesional. Melalui Bio-impedance Analysis ini, ia dapat menunjukkan sama ada otot anda mengandungi lebih banyak air daripada lemak; air mengalirkan elektrik.

Ia juga dapat mengesan perubahan berat badan anda walaupun seringan-ringan 50g. Kalau anda minum air ataupun makan 2 biji ceri pun ia dapat detect disebabkan sensor BIA ini.

Ini membolehkan anda mendapatkan berat yang lebih tepat dan of course anda akan menyedari perubahannya. Contohnya, anda minum segelas air, atau selepas makan, skala ini akan dapat detect dan memberi anda perbandingan yang lebih tepat antara makan dan minum. Awesome kan?

Bukan 1, Bukan 2 Tapi Ada 16 Jenis Pengukuran Kesihatan!

realme Smart Scale mempunyai 16 jenis pengukuran kesihatan termasuk fungsi yang paling selalu digunakan di pasaran seperti berat badan, kadar lemak, bentuk badan, jisim tulang, usia badan, metabolisme basal, kadar kelembapan, berat badan tanpa lemak, jisim otot, BMI, tahap lemak viseral, otot rangka, protein, jisim lemak, air, kadar otot, otot rangka dan degupan jantung. Fuh banyak gila!

Anda dapat menggunakan fungsi ini untuk memantau data kesihatan anda kerana realme menggunakan cip standard yang lebih tinggi untuk mencapai pemantauan denyut jantung anda.

Bukan itu sahaja, realme Smart Scale ini mampu memberikan nasihat kesihatan mengenai degupan jantung. (OTA) Denyut jantung akan ditunjukkan pada skrin skala dan mengesan perubahan badan dan mencapai tujuan lebih mudah dalam jangka masa panjang.

2. Bateri Yang Tahan Lama!

Bertahan Selama 360 Hari

realme Smart Scale boleh bertahan selama 360 hari dalam mod siap sedia. Ia menggunakan empat bateri AAA yang dapat bertahan selama setahun kerana dapat disambungkan dengan Bluetooth 5.0, yang menjadikan keseluruhan skala berfungsi di bawah 60mAh.

Apa yang paling menarik adalah ia akan menjadi lebih senang kerana bateri hanya perlu diganti setahun sekali sahaja, dan anda pun tak perlu nak berulang kali mengecas produk ini setelah digunakan sepanjang masa. Amacam?

3. Sambungan Dengan Telefon Anda!

Berfungsi dengan realme Link App

realme smart scale dapat dihubungkan dengan realme Link App yang membolehkan anda mendapatkan laporan berdasarkan tarikh yang dipilih. Aplikasi ini mempunyai 16 jenis perubahan data iaitu dua kali untuk dibandingkan berdasarkan perubahan badan anda dalam satu tempoh bagi memudahkan anda plan dan capai goals.

Fuiyo! Jom Nikmati Offline Flash Sales

Gais! Berita baik untuk anda. Bagi anda yang belum lagi mendapatkan realme Smart Scale ni, anda boleh dapat kan pada flash sale yang berlangsung pada 7 dan 8 November ini sahaja di pengedar rasmi realme Malaysia iaitu Sunway Pyramid, The Mines, Sutera Mall, IOI City dan DirectD (PJ Federal).

So anda kena grab peluang ni. Kena serbu cepat-cepat tau! Dijual pada harga normal RM149, flash sale nanti akan ada dijual pada harga RM99! Rugi kalau tak grab ketika harga promosi ni, melepas nanti tiada flash sales yang untung ni bagi realme Smart Scale lagi guys! Hanya once. Untuk info lanjut, terus ke Facebook Rasmi realme!