fbpx

Wilma Muhammad Tiada Niat Rahsiakan Perkahwinan Kali Kedua

Nama aktress ini kembali mewarnai dunia hiburan selepas beliau membuat keputusan untuk kembali berlakon pada akhir tahun lalu menerusi sebuah filem berjudul 1945.

Namun tidak ramai tahu akan kisah peribadi pelakon ini & satu laporan terbaru menyebut Wilma Muhammad sebenarnya sudah berkahwin buat kali kedua pada Jun 2012 lalu.

“Bukan saya berniat untuk merahsiakan perkahwinan buat kali kedua yang telah berlangsung pada 16 Jun lalu,” ujar Wilma Muhammad yang di’temui mStar Online baru baru ini.

Menurut beliau, keputusan untuk merahsiakan perkahwinan itu adalah untuk menjaga privasi suami baru selain ada menyebut majlis kahwin juga di’adakan secara kecil kecilan sahaja.

Suami baru Wilma Muhammad merupakan seorang ahli perniagaan yang hanya mahu di’kenali sebagai M & berkenalan pada tahun lalu ketika aktress ini bekerja sebagai seiausaha.

“Dia seorang lelaki yang terbuka dan lebih selesa untuk tidak menonjolkan identiti dirinya,” tambah Wilma Muhammad lagi.