fbpx

Wedding-Wedding Juga, SOP Tu Perlulah Dijaga!

Sejak bermenjak ni penuh jer timeline kami pasal orang kahwin. Tambah-tambah pulak pasal si Mira Filzah dengan husbaby dia tu, Wan Ezmir. Alahai sweet sungguh. Melting! Naik jeles kami nengoknyer…

Seronok kan tengok orang kahwin ni? Kita pun jadi happy bila mereka bahagia mendirikan masjid. Tapi! Jangan terlalu happy sangat sebabnya anda kena beringat, kita masih lagi dalam tempoh PKP Pemulihan disebabkan COVID-19. Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk kenduri tu wajib dipatuhi.

Dah Dapat ‘Lampu Hijau’


Bila dah dijemput nak pergi kenduri kahwin tu, kena tahu dulu apa yang anda kena buat. Jangan main serbu jer.

Kalau awal-awal masa kita ‘didatangi’ COVID-19, nak buat kenduri kahwin pun tak boleh sebab takut dijangkiti. Ye lah, virus pembunuh ni kita tak boleh nampak. So sebab tu lah kerajaan tak benarkan orang buat kenduri!

Anda ingat lagi tak pasangan pengantin yang nikah depan pagar tu? Tragik gais, tapi nak buat macam mana. Masa tu memang dah tak ada pilihan lain melainkan itu jer cara yang mereka boleh lakukan supaya tak ada yang dijangkiti COVID-19.

Memandangkan kes COVID-19 berkurang, pada 1 Julai lalu, kerajaan dah bagi ‘lampu hijau’ kepada bakal pengantin untuk teruskan buat majlis kahwin. Apa lagi, memang berduyun lah yang buat majlis selepas kenduri terpaksa ditangguhkan tapi dengan syarat, kena patuhi SOP.

Buat Majlis Kahwin Ikut SOP!

Okay cuba anda fikir jap, macam mana kenduri kahwin Mira & Ezmir tu smooth jer. Sebabnya mereka ikut SOP. Persedian awal telah dilakukan dan jumlah tetamu pun tak melebihi 250 orang. Dan apa yang mereka buat, setiap tetamu yang hadir tu akan dicheck suhu dulu.

Sebenarnya Ada 3 proses yang tuan kenduri kena buat. Check this out gais…

1. Proses Menyambut Tetamu


Anda kena take note dengan jelas tentang laluan keluar masuk tetamu. Tak kiralah majlis tu di tempat terbuka atau pun di rumah sendiri.

Make sure ada kaunter saringan di pintu masuk. Masa ni lah anda kena check suhu badan tetamu. Sangat penting tau. Jangan buat acuh tak acuh jer. Kalau suhu melebihi 37.5 celsius, jangan benarkan mereka masuk!

Sentiasa pastikan anda dan tetamu pakai pelitup muka dan sentiasa jaga jarak 1 meter.

2. Pendaftaran Tetamu

Sebagai penganjur majlis kahwin, anda kena daftarkan tetamu anda untuk simpanan dan rekod kalau-kalau ada kes jangkitan. Anda tahu kan aplikasi MySejahtera? Haa…anda gunakan aplikasi tu untuk buat imbasan imbasan QR code. Kan mudah tu?

Jadikan pengajaran untuk kes tetamu yang datang majlis akad nikah di Seberang Perai Tengah (SPT) tu. Mereka semua kena panggil untuk buat saringan sebabnya salah seorang tetamu positif COVID-19. Seram kan?

Dan satu lagi, seeloknya bayi dan kanak-kanak tak digalakkan untuk pergi kenduri kahwin. Bahaya untuk mereka, sebabnya mereka mudah dijangkiti.

3. Ruang Majlis

Okay sebelum majlis nak mula, anda kena make sure buat pembersihan dulu. Cuci bersih-bersih kerusi, meja. Kalau boleh sanitize semua, better anda buat macam tu.

Pastikan juga, ada ruang udara yang baik. Susunan meja tu kena jarakkan 2 meter okay. Untuk kerusi dan meja kena jarakkan 1 meter. Sangat penting!

So amacam? Berpeluh tak baca? Haa..ni lah SOP yang anda kena ikut okay. Kalau anda tetamu untuk kenduri pun, patut ikut SOP jugak. Jangan keras kepala tak nak ikut peraturan!

Bakal pengantin pun dah boleh senyum! Akhirnya kenduri kahwin mereka dapat dijalankan walaupun bersyarat. Cukuplah diberi masa 3 hingga 5 jam pun untuk satu-satu majlis. Yang penting kesihatan kita semua terjaga.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang info sihat berkaitan COVID-19, jangan malu jangan segan, klik link ini okay! #Kitajagakita