fbpx

Wawa Zainal Sengaja Penatkan Suami Jaga Anak Supaya Setuju Tutup Kilang

Selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Selasa lalu, Wawa Zainal berkata ia adalah hadiah sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Aeril Zafrel yang ke-33.

Melihat suaminya letih menjaga anak mereka, Wawa berseloroh mengatakan dia sengaja ‘buli’ suaminya berjaga sepanjang malam supaya bersetuju untuk menutup ‘kilang’.

BACA: Wawa Zainal Selamat Bersalin Anak Keempat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

“Happy birthday my love.. nah hadiah hari jadimu. Kepenatan. Nak sangat anak ramai kan. Saja buli dia jaga sepanjang malam supaya dia setuju untuk tutup kilang (tiada lagi perancangan hamil) hihi,” tulisnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Wawa turut memuat naik video memaparkan gelagat Aeril yang menahan rasa mengantuk ketika menyusukan bayi yang ditelakkan di atas riba.

Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, Ayya Soffya, 1, dan bayi bongsu yang belum lagi didedahkan namanya.