Wawa Zainal Risau Anak Terkena Penyakit Ain Sebab Jual Kek Batik

Anak kepada pelakon dan usahawan Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa mengalami sesak nafas secara tiba-tiba.

Perkara itu dikongsikan oleh Wawa menerusi hantaran di Instagram miliknya memaparkan Hayla sedng mendapatkan rawatan. Katanya lagi, anaknya tiada kahak tetapi tiba-tiba sesak nafas.

BACA: Wawa Zainal Nak ‘Jual’ Aeril Zafrel RM5 Juta, Netizen Tegur Jaga Kata-Kata

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

“Kesian anak mama tak ada kahak pun tapi sesak nafas. Dia kata susah nak bernafas. Saya pun tak pasti adakah ini yang dinamakan ain? Nauzubillahiminzalik,” katanya.

Sementara itu, Wawa turut memohon maaf seandainya perniagaan kek batik milik anaknya itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

“Wawa minta maaf dan ampun sangat-sangat kalau kehadiran kek batik Hayla membuat sesetengah pihak kurang senang. Alhamdulillah Wawa dah pulih selepas kena gastrik teruk kelmarin tapi Hayla pulak ganti sesak nafas. Korang ada tak amalan untuk menghindarkan ain?,” katanya.

×