fbpx

Wawa Zainal Nak Buat IVF Dapatkan Anak Kembar

Mahu menambah cahaya mata lagi, pelakon Wawa Zainal melakukan persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai ikhtiar untuk mendapatkan anak kembar.

Memetik Harian Metro, Wawa berkata dia sememangnya mahukan keluarga yang besar serta impikan enam orang cahaya mata, namun mengakui bukan muda untuk hamil serta bersalin.

BACA: Aeril & Wawa Zainal Kerja Keras, Perniagaan Akan Diwarisi Anak-Anak

“Saya memang inginkan keluarga besar dan jumlah yang ditetapkan ialah enam anak. Ia sesuatu yang amat saya impikan. Tapi bukanlah mudah nak mengandung, bersalin dan berpantang jaga anak. Banyak faktor yang kita kena tengok. Usia pun bukan lagi muda dan sekarang pun saya cepat penat.

“Namun, insya-Allah tiga atau empat tahun lagi mungkin saya akan mengandung lagi dan nak anak kembar. Saya sedar ia berisiko tapi saya akan cuba,” katanya.

Usia perkahwinan sudah memasuki 12 tahun, Wawa berkata rumah tangganya bersama Aeril Zafrel semakin bahagia dan jarang bergaduh. Ujarnya apa yang paling penting adalah saling bertolak ansur.

“Alhamdulillah, kami melayari rumah tangga dengan aman. Tiada isu yang buat kami sampai bergaduh teruk. Saya juga tak uruskan karier suami kerana nanti dikata ‘queen control’.

“Kami juga dah melalui fasa lima tahun dan 10 tahun perkahwinan. Sekarang kami memang dah jarang bergaduh. Kalau bergaduh pun setakat gaduh kecil dan kami tahu kendalikan.

“Dalam rumah tangga kena bertolak ansur satu sama lain. Kami pun jarang rujuk masalah dengan sesiapa termasuk keluarga,” katanya.