fbpx

Watsons Raikan Hari Wanita Sedunia Dengan Pelbagai Promosi Menarik!

Bagi menghargai International Women’s Day yang bakal disambut pada 8 Mac ini, kedai penjagaan kesihatan dan kecantikan terbesar Asia, Watsons mengambil langkah mengadakan promosi hebat untuk kesemua golongan wanita di Malaysia.

Promosi hebat Weekend Super Deal yang bakal berlansung bermula 7 sehingga 11 Mac ini akan membuatkan golongan wanita yang menjejak kaki ke Watsons bakal tersenyum lebar.

Pelbagai barangan terpilih akan diberi diskaun sebanyak 38% daripada harga sebenar.

Sempena hari wanita seluruh dunia ini, bolehlah kaum wanita merasai kecantikan yang berpanjang sepanjang promosi berlangsung.

Kesemua keluaran barangan Watsons seperti Collagen by Watsons yang boleh membuatkan wajah anda putih mulus dan cantik pun turut diberi diskaun sebanyak 38%.

Bahan-bahan yang digunakan oleh produk keluaran Collagen ini dapat membantu anda mengekalkan kejelitaan kulit wajah.

Tapi jangan tak tahu, penjagaan rambut, seperti jenama Hair System by Watsons pun anda boleh dapat dengan harga yang murah tahu.

Bolehlah feeling-feeling rambut rapuzel selepas menggunakan syampu, perapi rambut dan minyak rambut jenama Hair System ini.

Jika anda ingin mengikuti trend boleh sahaja gunakan perwarna rambut keluaran yang sama sementara promosi ini. Bolehlah borong sakan untuk penjagaan rambut anda.

Produk Naturals by Watsons, untuk rambut pun ada diskaun tahu. Rugi jika tidak beli. Mana tidaknya, produk Naturals ini akan membuatkan rambut anda lebih sihat dan bermaya.

Nak-nak lagi, produk ini mengandungi pelbagai bahan yang menepati citarasa pengguna di samping kelebihannya yang berpanjangan.

Barangan Target Pro by Watsons pun anda boleh miliki dengan harga yang tak masuk akal.

Bagi yang mempunyai kulit sensitif, lebih baik anda serbu Watsons untuk rebut harga murah ini.

Bolehlah sebelum tidur anda cuci muka anda dengan Hot Cleansing Gel ini dan selepas cuci muka bolehlah gunakan night cream Target Pro untuk melembabkan kulit wajah anda.

Barulah esok pagi bangun bak kulit sutera.

Pasti berbaloi jika anda terjah Watsons 7 Mac nanti. Jika tidak mahu ketinggalan untuk memiliki barangan idaman anda bolehlah tunggu sebelum kedai buka.

Pastikan penuh bakul, baru pulang. Bukan senang, mahu miliki barang yang berkualiti dengan harga yang semurah promosi ini.

Kaum wanita wajib save the date 7 sehingga 11 Mac ini untuk kekal cantik setiap hari sempena promosi berlangsung!