fbpx

Watsons Nobat Bintang Sosial Media & Dua Pemenang Mazda CX-5 Baru Yang Bertuah

Watsons adalah salah satu jenama yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Apa yang lagi menarik, strategi pemasaran Watsons bukan saja memberikan penjimatan kepada pelanggan namun dalam masa yang sama berjaya mewujudkan kesetiaan kepada jenama itu sendiri.

Usaha Watsons bagi mendekati golongan sasaran di sosial media diperhebatkan lagi dengan pencarian bintang media sosial melalui sebuah kempen yang berjaya mengumpul lebih 500 penggiat sosial media. Malah hadiah yang ditawarkan kepada pemenang juga cukup mengujakan.

Baru-baru ini, Watsons telah pun mengumumkan pemenang utama untuk kempen berkenaan. Untuk mencari pemenang bukanlah mudah kerana masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

Berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 (dan juga beberapa hadiah sampingan lain), juara kempen tersebut iaitu Fasiha Latiff turut mengikat kontrak selama setahun bersama Watsons. Sementara itu tempat kedua dan tempat ketiga diduduki oleh Daniel Cheang bin Adenan Cheang dan Eva Natasha binti Zaidi.

Selain itu, selain bertindak sebagai juri utama dalam pertandingan tersebut, Scha Alyahya akan memberikn bimbingan (mentor) dan tunjuk ajar secara peribadi kepada pemenang.

Selain Scha, mentor rasmi Watsons iaitu Nora Danish dan juga wakil Malaysia untuk Asia Next Top Model 6 dan juara Miss International Malaysia iaitu Rubini Sambanthan turut hadir pada majlis tersebut.

Sementara itu, masihkah anda ingat Peraduan Switch.Save.Win oleh Watsons yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sampai betul-betul outlet Watsons diserbu? Hadiah yang ditawarkan ketika itu iaitu dua buah kereta Mazda CX-5 sememangnya menjadi rebutan ramai.

Lebih 70,000 penyertaan dihantar namun hanya 100 ahli Watsons yang terpilih untuk bertanding di peringkat akhir di mana para peserta telah bersaing dalam 5 pusingan permainan. Akhirnya, dua ahli Watsons berjaya membawa pulang Mazda CX-5 iaitu Goh Kah Sing (ahli Watsons Elite) dan Nor Adamira binti Mohd Adlan.

Menurut Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, mereka berbangga kerana pelanggan telah mengenali dan mula menggunakan produk milik jenama Watsons.

Malah demi memberikan yang terbaik kepada pelanggan, kolaborasi bersama Mazda terjalin dengan Mazda Malaysia untuk memberi bukan satu tapi dua Mazda CX-5 baru, yang bernilai lebih daripada RM132,666 setiap satu kepada ahli Watsons.

Untung bukan jika setia bersama Watsons? Sentiasa mahu berikan yang terbaik buat pelanggannya, yakin jenama Watsons mampu menjadi jenama pilihan tetap rakyat Malaysia di masa hadapan.

Jangan ketinggalan untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi menarik Watsons dengan mengikuti Facebook dan juga Instagram mereka.