fbpx

Watsons Menawarkan Hadiah Bernilai RM2,888,888 Sempena Tahun Baru Cina

Hasil kejayaan tahunan kempen Tahun Baru Cina #HappyBeautifulYear, Watsons meneruskan tradisinya dengan melancarkan 2020 #HappyBeautifulYear yang menjanjikan untuk membawa lebih banyak kegembiraan kepada ahli Watsons yang setia. Watsons juga turut mengadakan jualan perayaan Tahun Baru Cina sehingga 50% di kedai-kedai Watsons di seluruh negara dan di laman sesawang.

Pelancaran yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini turut membuka peluang kepada ahli Watsons untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM2,888,888.

Menurut Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Tahun Baru Cina adalah masa di mana nilai-nilai tradisi tidak sepatutnya dilupakan, jadi Watsons mengambil langkah dengan melancarkan satu video baru sempena Tahun Baru Cina ini.

“Pembikinan video #HappyBeautifulYear 2020 untuk kempen tahun ini untuk mempromosikan pemahaman dan ikatan antara dua generasi dalam keluarga dengan menyampaikannya dalam gaya komedi dan muzikal dengan mesej yang tersirat. Kami percaya bahawa produk dan perkhidmatan kami adalah pemula bicara atau topik perbualan dengan rakan dan keluarga, kerana Watsons menawarkan pelbagai jenis produk yang berbeza untuk semua peringkat umur,” katanya.


Video #HappyBeautifulYear 2020 turut menyampaikan mesej yang ringkas dan bermakna untuk meneruskan tradisi, sambil mengekalkan trend terkini. Kisah ini juga menampilkan gaya dan penyanyi opera Cina yang menakjubkan, dan ini sememangnya cara terbaik untuk memperkenalkan semula persembahan tradisional kepada generasi muda.

Banyak Hadiah Menarik Yang Menanti Anda

Selain pelancaran video #HappyBeautifulYear 2020, Watsons juga tidak terlepas untuk menawarkan tawaran dan penjimatan terbaik terutamanya kepada ahli Watsons. Termasuklah 50% potongan harga untuk kesemua item #HappyBeautifulYear.

Setiap ahli Watsons boleh mendapatkan buah tangan “kemakmuran” Tahun Baru Cina termasuk paket Watsons Ang Pow edisi terhad secara percuma dan ganjaran baucar hadiah RM388 dengan berbelanja minimum RM80 serta banyak hadiah yang menarik untuk dimenangi.

Kesemuanya hadiah bernilai lebih daripada RM2,888,888, sepanjang 2 Januari sehingga 3 Febuari!

Lebih menarik lagi, anda juga bakal menerima hadiah 118 peranti Samsung yang bernilai lebih daripada RM138,888. Termasuklah Galaxy Watch Active2 (25 pemenang), Galaxy S10+ (10 pemenang) , Galaxy Buds (25 pemenang), Galaxy Note10+ (10 pemenang), Galaxy A50s (20 pemenang), dan Galaxy Fit (28 pemenang).

Jika anda seorang pakar swafoto, anda boleh menyertai pertandingan Swafoto AR #HappyBeautifulYear dan memenangi nilai mata Watsons bernilai RM8,888 (keseluruhan). Sementara ahli Watsons Elite akan berpeluang mendapatkan pinggan Yee Sang Watsons Edisi Terhad dengan pembelian minimum RM288.

Jadi apa tunggu lagi, jom cepat serbu Watsons untuk rebut kesemua hadiah hebat ini. Maklumat lanjut laman rasmi Watsons dan Facebook Watsons.