Watie Yakin Shuib Mampu Jadi Suami Baik
Tunang kepada Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkata dia tidak mengambil masa yang lama untuk menerima lamaran pelawak itu.
Memetik Xtra, Watie berkata dia tidak kisah dengan status duda anak empat dipegang oleh Shuib serta yakin pelawak itu mampu menjadi suami yang baik.
BACA: Watie Tak Kisah Dibandingkan Dengan Arwah Siti Sarah
“Shuib ada rekod yang bagus. Ini dapat dilihat ketika dia bersama arwah isterinya, Siti Sarah. Saya beritahu keluarga dan meminta padangan mereka terlebih dahulu. Lagipun, mereka tahu saya sukakan budak-budak.
“Dalam masa sama, penerimaan anak dan ibu Shuib yang baik terhadap saya buatkan saya tidak ambil masa untuk terima lamarannya. Saya percaya dia boleh jadi suami dan pemimimpin yang baik buat saya,” katanya.
Sebelum ini Watie berkata dia tidak terkesan dengan kecaman dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya. Watie mengakui kerap membaca komen-komen negatif netizen namun tidak mengambil hati.
Shuib dan Watie akan diijabkabulkan pada 23 Jun ini Putra Glass House, Putra Heights. Terdahulu, pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman Watie di Shah Alam.
- SUMBER
- xtra
Mestilah…wlu shuib Duda anak 4, tapi kayo oiiiii ….cuci kaki je masuk umah banglo.
Cuba klu Duda anak 4, kerja kampung (toreh getah, mesin rumput, tangkap ikan)adalah watie & keluarga akn ckp camni?
Hai yg komen pun… Ko kalo jd watieko nak ke jika shuib potong rumput? Tnye diri sendiri. Bkn nak back up watie. Aku x kenal pun dia. Tp realitinya diorg bkn curang atau gnggu rumahtngga sesiapa. Suib jenis manja kne ada bini. Watie pula masih single. Doa kan aje mereka mmpu bahagia bersama. MogaAllah bg rezeki kat kita juga. Bkn semua org mmpu setia pada yg dh mninggal. Tp bkn berdosa juga bgorg yg kehilangan psgn utk mncari pnggnti. Life must go on
doakan yang terbaik, ada tu perkara yang bagus
Suib duda kematian isteri.. so x heran pun dia nk kawin lain.
Yg msh ada bini tapi gatal nk kawin… haaa yg tu aku heran
semua orang ada kepentingan masing2 kalau nk kawin. mcm mmber aku dulu kawin dgn anak datuk, ingat dh paling bagus la pilih. last2 semua nk tau laki dia buat apa, pegi mana, dgn siapa.. mental member aku. tp dari segi duit, mmg tak de msalah lah dorg
Bio la dia nk kawin..lagipun Suib tu duda kematian isteri..bukannya Watie jdi penyondol pn!!
Sibuk jga hal kain org, jaga kain diri sendiri yg koyak tu..hakptuiiih
Yg komen tak elokk tu dah terpaling bahagia lah tu.kalau tak mampu ckap benda baik doa baik2.sbab doa berbalik smula.Manusia merancang.ALLAH yg tentukan.dah elok2 dorang bercinta tak lama terus kawin.niat baik dah tuh.kira bonus lah watie dapat shuib berkerjaya
Cinta tak kira status. Rekod baik Shuib dan penerimaan keluarga buat Watie yakin dia jadi suami yang baik. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat! ??