fbpx

Watie Tak Kisah Dibandingkan Dengan Arwah Siti Sarah

Usahawan yang juga bakal isteri pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkata dia tidak terkesan dengan kecaman dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.

Memetik Xtra, Watie berkata dia mengakui kerap membaca komen-komen negatif daripada netizen namun tidak mengambil hati.

BACA: “Terima Kasih Anak-Anak, Berpanas Kita Demi Video Pre-Wedding Mummy & Daddy” – Watie

“Saya baca juga tapi dia macam angin lalu je. Bila kita tutup fon tu habis dah. Saya tak ambil hati pun,” katanya.

Sering dibandingkan dengan Allahyarham Siti Sarah, Watie berkata baginya dia hanya perlu mengambil kira pendapat bakal suaminya dan ahli keluarga lain.

“Tak tahulah, sebab kami tak pernah berbincang mengenai perkara ini dan mempersoalkan kenapa orang bandingkan saya dengan arwah, tak ada.

“Saya macam baca je tapi habis setakat di situ saja. Bagi saya, saya nak hidup bersama dia (Shuib) dan anak-anak. Jagi pada saya pandangan yang saya perlu ambil kira adalah daripada dia, anak-anak dan keluarga.

“Bagi saya, orang luar pnya pandangan tu tak penting sebab saya tak pernah fikir. Yang saya nak lalui kehidupan saya yang akan datang ni dengan keluarga dia dan saya,” katanya.