fbpx

Watie Teruskan Amalan Arwah Siti Sarah Pakaikan Shuib Stokin

Sejak kebelakangan ini, isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah dilihat rajin menjawab pertanyaan daripada pengikutnya di Instagram.

Menerusi perkongsian di Insta Story, ada pengikut bertanyakan pernahkah Watie merasakan diri banuak kekurangan sebagai isteri jika dibandingkan dengan Allahyarham Siti Sarah.

BACA: “Shuib Mengurat Lepas Dia Menduda, Tanggungla Siapa Yang Fitnah Tu” – Watie

“Pernah tak terasa diri banyak kekurangan sebagai isteri berbanding arwah?” soal pengikut.

Watie berkata tidak pernah timbul perasaan tersebut sebaliknya dia merasakan apa yang dilakukan adalah tanggungjawabnya sebagai isteri.

“Alhamdulillah tak pernah. Saya buat semua apa yang saya patut sebagai isteri,” katanya.

Dalam pada itu, Watie berkongsikan dia meneruskan amalan arwah Siti Sarah dengan memakaikan stoking suami sebelum keluar bekerja.

“Amalkan juga apa yang arwah selalu buat untuk suami. Contoh, pakaikan stoking suami setiap kali dia nak pergi kerja walaupun jam 5.30 pagi,” kongsinya.