Isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah menafikan bahawa dia mengenali suaminya ketika Allahyarham Siti Sarah masih bersama dengannya.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menjawab persoalan daripada netizen di Insta Story, Watie berkata dia mula berkenalan dengan suaminya pada Disember 2021 dan ketika itu Shuib sudah bergelar duda.
BACA: “Susah Cari Wanita Macam Watie”
Menerusi entri tersebut, Watie berkata dia tidak pernah mengenali Shuib sebelum itu dan suaminya ‘mengorat’ selepas pemergian isterinya.
Dalam perkongsian itu juga, Watie turut memuat naik paparan mesej perbualannya bersama Shuib ketika di awal perkenalan dimana pelawak tersebut meminta nombor telefon Watie.
Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.