fbpx

Watie Terima Tawaran Berlakon, Shuib Tak Benarkan

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan dia ada menerima tawaran berlakon daripada Zeel Production.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, bagaimanpun Watie berkata Shuib tidak membenarkannya untuk terlibat dalam dunia seni terutama lakonan serta percaya ianya demi kebaikan dirinya serta keluarga.

BACA: “Watie Pakai Anak Tudung Je Pun Dah Cantik”

“Ada terima tawaran berlakon tapi terpaksa tolak. Baru sahaja tolak satu daripada Zeel Productions minggu lepas tak silap.

“Shuib sendiri yang ‘reject’. Tawaran berlakon itu melibatkan saya dan Dekta. Shuib cakap kalau buat reviu (produk) boleh, iklan boleh tapi berlakon atau benda-benda yang berkait dengan televisyen, cannot (tak boleh),” katanya.

Dalam pada itu, Watie berkata Shuib juga tidak membenarkan anak perempuannya Talita Zahra untuk berkecimpun dalam dunia seni meskipun anaknya itu menunjukkan minat dalam bidang lakonan.

“Dekta teringin, dia nak sebab produksi memang nak sangat dia berlakon. Siap dah bagi skrip apa semua. Tapi bila tanya daddy (Shuib), dia tak benarkan.

“Produksi masih tunggu jawapan kot-kotlah Shuib berubah fikiran (ketawa). Shuib buat semua ini ada kebaikan sebab dia sendiri dah tahu betapa penat menjadi anak seni terutama terlibat dalam dunia lakonan,” katanya.

Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu.