fbpx

Watie & Shuib Akhirnya Dapat Tidur Sekatil Berdua

Isteri kepada Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa teruja apabila berpeluang tidur sekatil berdua dengan suaminya buat pertama kali ketika bercuti di Semporna Sabah.

Menerusi perkongsian di Insta Story, selama ini dia dan Shuib terpaksa tidur berhimpir berlima dengan tiga anak mereka iaitu Uwais, Talita dan Matin.

BACA: Nak Memancing Pun Mekap, Watie Akui Shuib Memang Suruh Isteri Berdandan

Menurut Watie, meskipun hanya berpisah katil sebelah-sebelah, namun bukan mudah untuk memisahkan anak-anak tidur berasingan kerana mahu tetap mahu tidur dekat bersama mereka.

“Kita berjaya daddy! Buat pertama kali mummy dan daddy dapat tidur berdua… tapi katil sebelah-belah saja lah pun.

“Biasa akan berhimpit sekali lima tapi ini pun dah jenuh lat tali lat… ohsom sebab semua tak nak tidur tepi sana. Semua nak tidur tepi sini dengan mummy dan daddy,” katanya.

Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu.